Loading...

Mercun Bola "Meletop" Mangsa Berisiko Buta Mata Kanannya !

Loading...
Mercun Bola "Meletop" Mangsa Berisiko Buta Mata Kanannya ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mercun Bola "Meletop" Mangsa Berisiko Buta Mata Kanannya !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mercun Bola "Meletop" Mangsa Berisiko Buta Mata Kanannya !
link : Mercun Bola "Meletop" Mangsa Berisiko Buta Mata Kanannya !

Baca juga


Mercun Bola "Meletop" Mangsa Berisiko Buta Mata Kanannya !


KUANTAN - Kanak-kanak berusia 10 tahun yang berisiko buta mata kanan selepas terkena letupan mercun bola dalam kejadian di Tanjung Batu, Pekan, dekat sini, Sabtu lalu, mengakui menyesal dengan perbuatannya.

Pengakuan Muhammad Isyraf Firdaus dimaklumkan oleh bapanya Zulrisam Kadri, 43, yang berkata, anak sulung daripada dua beradik itu juga berjanji tidak mahu bermain mercun lagi pada masa hadapan.

Zulrisam berkata walaupun sedih dengan kejadian itu, beliau tidak boleh terlalu mengikut perasaan kerana perlu sentiasa positif bagi memberi semangat kepada anak yang mesra dipanggil 'Yah' untuk pulih.

"Sedih memang sedih, tambahan bila tahu mata anak tak dapat diselamatkan lagi tapi saya kena kuat, anak perlukan semangat untuk pulih, begitu juga isteri yang perlukan sokongan bagi menghadapi perkara ini.

"Yah telah menjalani pembedahan membersihkan kornea mata yang pecah dan beberapa prosedur semalam selama tiga jam bermula 6 petang," katanya kepada pemberita semasa ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa yang bermain dengan rakan di padang berhampiran rumahnya cuba membuka tin yang diisi dengan mercun bola kerana mahu memeriksa mengapa mercun itu tidak meletup setelah dibakar.

Bagaimanapun, mercun itu dikatakan meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan serpihan tin terkena pada mata kanannya menyebabkan dia dihantar ke Hospital Pekan sebelum dipindahkan ke HTAA semalam.

Mengulas mengenai kejadian itu, Zulrisam berkata tidak tahu anaknya bermain mercun bola kerana sebelum ini Muhammad Isyraf Firdaus hanya bermain mercun jenis 'mancis'.

"Yah membeli mercun itu secara senyap-senyap kerana tahu saya tidak benarkan dia main mercun bola. Mungkin dia gunakan wang yang saya beri sebelum itu untuk dia beli juadah berbuka puasa," katanya.

Zulrisam berkata kejadian berlaku di padang kira-kira 30 meter dari rumah mereka dan semasa kejadian, dia baharu sahaja meronda kawasan itu kerana berasa tidak sedap hati, namun tidak melihat kelibat anaknya.

Semasa itu, Zulrisam menyangka Yah sudah pulang menyebabkan beliau pulang semula ke rumah dan melihat orang sudah berkerumun di halaman rumah membawa anaknya yang sudah berlumuran dengan darah. #sumber


Demikianlah Artikel Mercun Bola "Meletop" Mangsa Berisiko Buta Mata Kanannya !

Sekianlah artikel Mercun Bola "Meletop" Mangsa Berisiko Buta Mata Kanannya ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mercun Bola "Meletop" Mangsa Berisiko Buta Mata Kanannya ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/mercun-bola-meletop-mangsa-berisiko.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mercun Bola "Meletop" Mangsa Berisiko Buta Mata Kanannya !"

Catat Ulasan

Loading...