Loading...
Judul : Nahas MH17, Keluarga Ketua Pramugari Mahu Tuntut Keadilan
link : Nahas MH17, Keluarga Ketua Pramugari Mahu Tuntut Keadilan
Nahas MH17, Keluarga Ketua Pramugari Mahu Tuntut Keadilan
ALOR SETAR - “Memang itu yang kami tunggu-tunggu, kami mahukan keadilan”.
Demikian kata Habibah Ismail, 70, ibu kepada ketua pramugari, Azrina Yakob, mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ketika ditemui di sini hari ini.
Ia susulan pendedahan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) diketuai Belanda yang menamakan tiga warga Rusia dan seorang Ukraine sebagai perancang utama dalam tragedi itu.
JIT pada sidang akhbar di Belanda memaklumkan empat suspek itu bekerja untuk agensi perisikan tentera (GRU) daripada puak pemisah wilayah Donetsk ketika kejadian.
Keempat-empat suspek akan didakwa di Mahkamah Jenayah Belanda.
Kata Habibah, dia berharap semua yang menjadi punca kepada tragedi itu ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dengan segera.
“Apa yang saya dan keluarga harapkan adalah semua pelaku itu dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan seterusnya dikenakan hukuman setimpal,” ujarnya.
Malah, katanya, arwah suaminya, Allahyarham Yakob Silamsudin, 75, yang meninggal dunia tiga tahun lalu juga pernah menyatakan harapannya untuk melihat pembunuh Azrina.
“Susulan pendedahan terkini itu, saya bersyukur akhirnya pelaku kepada tragedi itu sudah dikenal pasti.
“Apa yang saya dan keluarga mahu tahu adalah kenapa mereka sanggup berbuat demikian sehingga menyebabkan semua penumpang pesawat terkorban,” jelasnya.
Tambahnya, nahas itu tidak sepatutnya berlaku dan sesuatu yang tidak masuk akal.
“Walaupun kejadian sudah lama berlaku, namun ingatan saya terhadap Allahyarham Azrina masih kuat,” katanya.
Pesawat MAS itu yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 di ruang udara timur Ukraine.
Kesemua 298 penumpang dan anak kapal terkorban. #sumber
Demikianlah Artikel Nahas MH17, Keluarga Ketua Pramugari Mahu Tuntut Keadilan
Sekianlah artikel Nahas MH17, Keluarga Ketua Pramugari Mahu Tuntut Keadilan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nahas MH17, Keluarga Ketua Pramugari Mahu Tuntut Keadilan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/nahas-mh17-keluarga-ketua-pramugari.html
0 Response to "Nahas MH17, Keluarga Ketua Pramugari Mahu Tuntut Keadilan"
Catat Ulasan