Loading...
Judul : Orang Ramai Di Larang Sebarkan Gambar Suspek Tikam Guru !
link : Orang Ramai Di Larang Sebarkan Gambar Suspek Tikam Guru !
Orang Ramai Di Larang Sebarkan Gambar Suspek Tikam Guru !
KUALA LANGAT - Orang ramai digesa supaya menghentikan segera penularan maklumat berkaitan kes pelajar menikam guru sekolah di Banting, Ahad lalu di semua aplikasi media sosial yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Pengerusi Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Kuala Langat, Jefrizal Mohd Jaafar berkata, ini termasuk butiran laporan polis beserta gambar suspek di aplikasi WhatsApp dan Telegram, Facebook.
Katanya, suspek adalah seorang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun seperti takrifan Akta Kanak-Kanak Pindaan 2018 dan sentiasa tertakluk kepada prosedur mahkamah terutama Mahkamah Juvana.
“Ini bermakna bahawa kanak-kanak ini adalah terlindung hak-haknya demi masa hadapan beliau yang masih panjang.
“Justeru, sekali lagi saya memohon agar warga netizen dapat menghentikan segera penularan butiran dan gambar kanak-kanak ini dan meletakkan tanggungjawab ini kepada pihak-pihak berwajib seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mahkamah Juvana dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menguruskannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Panel Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Telok Datok menambah sebagai peringatan, menyebarkan butiran kanak-kanak ini juga boleh dianggap sebagai satu kesalahan seperti tertakluk dalam peruntukan akta yang berkaitan dengannya.
Kosmo! hari ini melaporkan seorang guru kaunseling parah selepas ditikam sebanyak tiga kali oleh seorang pelajar tingkatan lima yang berdendam dengannya dalam kejadian di sebuah sekolah berasrama di Banting di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 8.20 malam itu mengakibatkan Muhammad Hasnan Salim, 33, yang juga penolong warden asrama tersebut cedera pada bahunya akibat ditikam dengan sebilah pisau.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, suspek dikatakan berdendam dengan mangsa yang telah menetapkan peraturan terlalu ketat di sekolah dan asrama itu.
Katanya, selain itu, siasatan turut mendapati suspek juga gagal dalam beberapa subjek dalam peperiksaan yang diadakan sebelum cuti sekolah bulan lalu. #sumber
Demikianlah Artikel Orang Ramai Di Larang Sebarkan Gambar Suspek Tikam Guru !
Sekianlah artikel Orang Ramai Di Larang Sebarkan Gambar Suspek Tikam Guru ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Orang Ramai Di Larang Sebarkan Gambar Suspek Tikam Guru ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/orang-ramai-di-larang-sebarkan-gambar.html
0 Response to "Orang Ramai Di Larang Sebarkan Gambar Suspek Tikam Guru !"
Catat Ulasan