Loading...

Tenun Pahang Diraja Ilham Permaisuri Bagi Istiadat Pertabalan

Loading...
Tenun Pahang Diraja Ilham Permaisuri Bagi Istiadat Pertabalan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tenun Pahang Diraja Ilham Permaisuri Bagi Istiadat Pertabalan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tenun Pahang Diraja Ilham Permaisuri Bagi Istiadat Pertabalan
link : Tenun Pahang Diraja Ilham Permaisuri Bagi Istiadat Pertabalan

Baca juga


Tenun Pahang Diraja Ilham Permaisuri Bagi Istiadat Pertabalan


KUALA LUMPUR - Kain Tenun Pahang Diraja menjadi pilihan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai persalinan baginda pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.

Kain tenun itu merupakan sentuhan rekaan yang diilhamkan baginda sendiri dan ia bertambah unik dan istimewa kerana tenunan khas tersebut adalah hasil kerja tangan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima persembahan hasil kain tenunan tersebut di Istana Negara di sini, termasuk empat pasang tenunan khas sebagai persalinan Raja Permaisuri Agong pada istiadat pertabalan itu nanti.

Ketika ditemui pemberita, Tunku Azizah bertitah Penjara Penor dan Bentong dipilih untuk menghasilkan persalinan baginda pada istiadat pertabalan itu sebagai tanda penghargaan Raja Permaisuri Agong selaku Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang.

"Memang Beta mahu penjara yang buat baju untuk Beta pakai pada hari pertabalan. Beta sangat bangga untuk memakainya. Ini merupakan satu penghormatan kepada Beta dan Beta juga ingin memberi penghormatan kepada mereka.

"Ada juga rekaan tenunan yang memasukkan lambang Negeri Pahang. Dua minggu sekali Beta akan ke Penjara Penor dan Bentong untuk melihat sendiri perkembangan kerja tenunan yang dilakukan," titah Tunku Azizah selepas majlis itu.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar; Pengarah Penjara Pahang Datuk Ab Basir Mohamad; dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Baginda bertitah Tenun Pahang Diraja merupakan warisan seni tradisi yang dicipta rakyat Pahang sejak 300 tahun lalu.

Tunku Azizah yang mengagumi hasil kerja tenunan yang dipersembahkan itu bertitah baginda memperoleh ilham bagi rekaan tenunan itu antaranya daripada alam semula jadi dan keadaan sekeliling seperti biji kopi dan bayang-bayang pagar.

Baginda turut bertitah hasil upah menenun kain itu akan diagihkan kepada penghuni penjara berkenaan dan berharap kemahiran menenun akan dapat diperluaskan bagi memelihara warisan dan tradisi Melayu.

Penglibatan Tunku Azizah dalam membangunkan Tenun Pahang bermula pada 2005 dan baginda bertanggungjawab mengangkat Tenun Pahang dengan memasyhurkannya sebagai Tenun Pahang Diraja pada Mei 2006 dengan perkembangannya dipantau rapi menerusi Badan Penasihat Pembangunan Tenun Pahang Diraja.

Kerana minat begitu mendalam terhadap Tenun Pahang Diraja dan demi memartabatkannya, Tunku Azizah menubuhkan Institut Kemahiran Tengku Ampuan Mariam di Kompleks Budaya dan Kraftangan Pulau Keladi di Pekan, Pahang, pada 2010 bagi melatih golongan muda khasnya.

Sementara itu, Zulkifli berkata kerja tenunan itu melibatkan 73 banduan dari Penjara Penor dan 56 orang dari Penjara Bentong.

Beliau berkata kerja menenun dilakukan selama tiga bulan bermula Mac lepas dan tahap kemahiran penghuni kedua-dua penjara itu akan dinilai terlebih dahulu bagi menghasilkan mutu kerja yang berkualiti. #sumber


Demikianlah Artikel Tenun Pahang Diraja Ilham Permaisuri Bagi Istiadat Pertabalan

Sekianlah artikel Tenun Pahang Diraja Ilham Permaisuri Bagi Istiadat Pertabalan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tenun Pahang Diraja Ilham Permaisuri Bagi Istiadat Pertabalan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/tenun-pahang-diraja-ilham-permaisuri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tenun Pahang Diraja Ilham Permaisuri Bagi Istiadat Pertabalan"

Catat Ulasan

Loading...