Loading...
Judul : Video Lucah: Polis Terima 17 Laporan, Rekodkan 21 Kenyataan
link : Video Lucah: Polis Terima 17 Laporan, Rekodkan 21 Kenyataan
Video Lucah: Polis Terima 17 Laporan, Rekodkan 21 Kenyataan
KUALA LUMPUR - Polis menerima 17 laporan dan sudah merekodkan sebanyak 21 kenyataan berkaitan kes video seks yang melibatkan ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan seorang lelaki yang dikatakan menyerupai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, kesemua laporan tersebut telah diterima sejak seminggu yang lalu.
“Siasatan bagi kes tersebut diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.
“Siasatan itu juga melibatkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Perkep Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan serta Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Jawatan Pengarah JSJK Bukit Aman baharu disandang oleh Datuk Seri Mohd. Zakaria Ahmad yang sebelum ini merupakan Ketua Polis Pahang.
Mazlan menambah, kenyataan dari pihak Azmin akan dirakamkan dalam masa terdekat.
“Tindakan untuk mengambil kenyataan itu dalam tindakan pihak polis.
“Siasatan masih diteruskan dan saya tidak boleh hurai dengan lanjut tentang proses siasatan yang sedang dijalankan,” ujarnya.
Beliau berkata, pihak Haziq Abdullah sudah menyatakan kesediaannya untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes tersebut.
“Tiada sebarang sekatan ke luar negara dikenakan terhadapnya kerana sudah ada persetujuan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan.
“Kita minta semua pihak bersabar kerana kita masih menjalankan siasatan dengan mendalam bagi kes ini,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Video Lucah: Polis Terima 17 Laporan, Rekodkan 21 Kenyataan
Sekianlah artikel Video Lucah: Polis Terima 17 Laporan, Rekodkan 21 Kenyataan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Video Lucah: Polis Terima 17 Laporan, Rekodkan 21 Kenyataan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/video-lucah-polis-terima-17-laporan.html

0 Response to "Video Lucah: Polis Terima 17 Laporan, Rekodkan 21 Kenyataan"
Catat Ulasan