Loading...
Judul : Video Lucah: Proses Siasatan Terhadap Haziq Masih Berjalan !
link : Video Lucah: Proses Siasatan Terhadap Haziq Masih Berjalan !
Video Lucah: Proses Siasatan Terhadap Haziq Masih Berjalan !
KUALA LUMPUR - Proses siasatan terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku terlibat dalam video seks sejenis yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih berjalan dan permohonan reman akan dibuat jika perlu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, sekiranya siasatan di peringkat ini selesai hari ini, pemuda berusia 27 tahun itu akan dibebaskan dengan jaminan polis.
“Semuanya bergantung kepada proses siasatan polis. Jika selesai, dia akan diberi jamin namun sekiranya tidak dapat diselesaikan pasukan siasatan akan memohon reman.
“Perkara itu (proses reman) akan diatur oleh pasukan siasatan bersama Majistret jika perlu,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, peguam Haziq Abdullah, Ramesh Sivakumar ketika dihubungi Kosmo! berkata, anak guamnnya sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur di sini.
Beliau difahamkan bahawa Haziq tidak akan direman dan akan dibebaskan tetapi tidak pasti masanya.
Hari ini , Kosmo melaporkan Haziq Abdullah ditahan ketika berada di terminal pelepasan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Berdasarkan tiket penerbangan, suspek dijadual berlepas ke Manila, Filipina. #sumber
Demikianlah Artikel Video Lucah: Proses Siasatan Terhadap Haziq Masih Berjalan !
Sekianlah artikel Video Lucah: Proses Siasatan Terhadap Haziq Masih Berjalan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Video Lucah: Proses Siasatan Terhadap Haziq Masih Berjalan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/video-lucah-proses-siasatan-terhadap.html
0 Response to "Video Lucah: Proses Siasatan Terhadap Haziq Masih Berjalan !"
Catat Ulasan