Loading...
Judul : APMM: Bot Nelayan Vietnam Di Tahan Dalam Perairan Negara !
link : APMM: Bot Nelayan Vietnam Di Tahan Dalam Perairan Negara !
APMM: Bot Nelayan Vietnam Di Tahan Dalam Perairan Negara !
Timbalan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang (Operasi) Kapten Maritim V. Pannir Selvan berkata bot itu ditahan pada 7 pagi oleh aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Ganyang yang menjalani latihan eksesais di perairan Pahang.
"Pihak TLDM mendakwa terdapat dua bot nelayan asing di kawasan itu, namun sebuah daripadanya dapat melarikan diri. Bot yang ditahan juga didapati menggunakan nombor pendaftaran tempatan PAF 4642 dipercayai untuk mengelirukan agensi penguat kuasa.
"Pemeriksaan di kapal itu mendapati terdapat hasil laut dianggarkan hampir 100 kilogram yang dipercayai ditangkap dalam perairan negara untuk dijual di negara asing pada harga yang tinggi," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Pannir Selvan berkata nilai rampasan termasuk bot dianggarkan hampir RM1 juta.
Katanya, APMM juga menahan lapan nelayan disyaki warga Vietnam termasuk seorang tekong berusia 18 hingga 50 tahun, yang semuanya didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dalam perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan.
"Jika sabit kesalahan, tekong itu boleh didenda sehingga RM1 juta seorang dan penjara maksimum tiga tahun manakala awak-awak boleh didenda sehingga RM100,000 seorang dengan penjara maksimum dua tahun," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel APMM: Bot Nelayan Vietnam Di Tahan Dalam Perairan Negara !
Sekianlah artikel APMM: Bot Nelayan Vietnam Di Tahan Dalam Perairan Negara ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel APMM: Bot Nelayan Vietnam Di Tahan Dalam Perairan Negara ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/apmm-bot-nelayan-vietnam-di-tahan-dalam.html
0 Response to "APMM: Bot Nelayan Vietnam Di Tahan Dalam Perairan Negara !"
Catat Ulasan