Loading...

Azmin Dakwa Beliau Tahu Siapa Dalang Sebaran Video Lucah !

Loading...
Azmin Dakwa Beliau Tahu Siapa Dalang Sebaran Video Lucah ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin Dakwa Beliau Tahu Siapa Dalang Sebaran Video Lucah !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin Dakwa Beliau Tahu Siapa Dalang Sebaran Video Lucah !
link : Azmin Dakwa Beliau Tahu Siapa Dalang Sebaran Video Lucah !

Baca juga


Azmin Dakwa Beliau Tahu Siapa Dalang Sebaran Video Lucah !


SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau tahu individu yang menjadi dalang dalam penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu berkenaan kerana perkara itu masih dalam siasatan pihak polis.

"Saya tidak boleh dedahkan kerana ia masih dalam siasatan (polis), biarlah siasatan itu lengkap dahulu.

"Tetapi sejak hari pertama (video itu tersebar) saya sudah menjangkakan bahawa ada unsur-unsur dalaman (parti)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis doa selamat dan kesyukuran menolak politik fitnah terhadap beliau di kediaman Menteri Besar Selangor Amirudin Shari di sini, malam ini.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata beliau juga akan terus bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperjuangkan agenda parti.

Beliau berkata tiada alasan untuknya menidakkan hubungan kerjasama itu walaupun sebelum ini wujud pertelingkahan kenyataan antara beliau dan Anwar berhubung isu video tersebut.

"Saya dan Datuk Seri Anwar akan terus bekerjasama kerana dia adalah presiden dan saya adalah timbalannya, janganlah provok kami berdua kerana kita telah bersama dalam banyak dekad (dalam memperjuangkan parti)," katanya.

Sebelum ini, Mohamed dan Anwar dilihat saling berbalas kenyataan berhubung isu video lucah itu apabila Anwar menyatakan timbalannya perlu bercuti jika terbukti video berkenaan tulen.

Kenyataan Anwar itu diselar Mohamed Azmin yang meminta Ahli Parlimen Port Dickson itu bermuhasabah dan cermin diri.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin menyeru barisan kepimpinan parti itu supaya tidak bersengketa dan menolak politik kotor.

"Rakyat bagi mandat kepada Pakatan Harapan bukan untuk bergaduh… kita kena tolak politik kotor kerana rakyat sudah muak dengan perkara seperti ini dan saya gesa media bersama kita untuk sebar maklumat yang benar," katanya.

Terdahulu, kira-kira 1,000 orang hadir di majlis doa selamat itu yang diadakan susulan kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador pada Jumaat lepas, yang mengesahkan Mohamed Azmin tidak dapat dikaitkan sebagai pelaku dalam penyebaran video lucah yang disebarkan baru-baru ini. #sumber


Demikianlah Artikel Azmin Dakwa Beliau Tahu Siapa Dalang Sebaran Video Lucah !

Sekianlah artikel Azmin Dakwa Beliau Tahu Siapa Dalang Sebaran Video Lucah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin Dakwa Beliau Tahu Siapa Dalang Sebaran Video Lucah ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/azmin-dakwa-beliau-tahu-siapa-dalang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azmin Dakwa Beliau Tahu Siapa Dalang Sebaran Video Lucah !"

Catat Ulasan

Loading...