Loading...

Gunung Berapi Tangkuban Parahu Bandung Indonesia Meletus !

Loading...
Gunung Berapi Tangkuban Parahu Bandung Indonesia Meletus ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gunung Berapi Tangkuban Parahu Bandung Indonesia Meletus !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gunung Berapi Tangkuban Parahu Bandung Indonesia Meletus !
link : Gunung Berapi Tangkuban Parahu Bandung Indonesia Meletus !

Baca juga


Gunung Berapi Tangkuban Parahu Bandung Indonesia Meletus !


BANDUNG – Gunung berapi Tangkuban Parahu di sini meletus pada pukul 3.18 petang (waktu tempatan) tadi, demikian menurut laporan portal berita CNN Indonesia.

Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Bandung sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa berhubung aktiviti gunung berapi sebelum ia meletus. Pasukan SAR turut mempercepatkan proses memindahkan penduduk setempat daripada kawasan berkenaan.

“Kami sudah menjangkakannya, Pejabat SAR Bandung telah meningkatkan kesiapsiagaan dan tahap persediaan untuk menghadapinya. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, Pejabat SAR Bandung sudah bersedia untuk membantu,” jelas Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Jawa Barat, Deden Ridwansyah dalam satu kenyataan akhbar.

Selain itu, Deden turut menyatakan pihaknya akan menyeragamkan operasi bersama PT Graha Rani Putra Persada (GRPP) iaitu pihak pengurusan Taman Negara Gunung Tangkuban Parahu (TWA).

GRPP sudah memindahkan pengunjung dan penduduk setempat di sekitar TWA.

Gunung Tangkuban Parahu setinggi 2,284 meter (m) memuntahkan awan debu setinggi 200 meter. Awan debu berwarna kelabu dengan debu tebal dilaporkan menghala ke arah kawasan timur laut dan selatan.

Ketua Pusat Meteorologi dan Pengurusan Bencana di Agensi Geologi, Kasbani pula menyatakan letusan itu direkodkan dengan amplitud maksimum 38 milimeter kira-kira 5 minit 30 saat.

Buat masa ini, gunung berapi itu diletakkan pada amaran tahap 1 atau dianggap normal.

Kasbani mengingatkan orang ramai di sekitar Gunung Tangkuban Parahu, tidak kira sama ada pengunjung, pendaki mahupun pelancong tidak dibenarkan turun ke dasar Kawah Ratu dan Kawah Upas. #sumber


Demikianlah Artikel Gunung Berapi Tangkuban Parahu Bandung Indonesia Meletus !

Sekianlah artikel Gunung Berapi Tangkuban Parahu Bandung Indonesia Meletus ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gunung Berapi Tangkuban Parahu Bandung Indonesia Meletus ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/gunung-berapi-tangkuban-parahu-bandung.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Gunung Berapi Tangkuban Parahu Bandung Indonesia Meletus !"

Catat Ulasan

Loading...