Loading...

JPN Akan Bantu Orang Asli Daftarkan Perkahwinan Secara Adat

Loading...
JPN Akan Bantu Orang Asli Daftarkan Perkahwinan Secara Adat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JPN Akan Bantu Orang Asli Daftarkan Perkahwinan Secara Adat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JPN Akan Bantu Orang Asli Daftarkan Perkahwinan Secara Adat
link : JPN Akan Bantu Orang Asli Daftarkan Perkahwinan Secara Adat

Baca juga


JPN Akan Bantu Orang Asli Daftarkan Perkahwinan Secara Adat


KUANTAN - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan membantu masyarakat Orang Asli untuk mendaftarkan perkahwinan yang dilangsungkan secara adat.

Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata ia akan dilaksanakan dengan cara JPN pergi ke kawasan penempatan orang asli dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

"Antara dokumen diperlukan bagi pendaftaran perkahwinan di bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952 ialah kad pengenalan dan surat pengesahan perkahwinan secara adat oleh JAKOA serta gambar berukuran pasport.


"Pendaftaran adalah secara sukarela, namun kita galakkan untuk memudahkan urusan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), pinjaman bantuan kerajaan dan pendaftaran anak ke sekolah," katanya pada sidang media selepas melawat pejabat JPN Pahang di sini, hari ini.

Ruslin berkata urusan pendaftaran juga boleh dilakukan dengan cepat kerana dilakukan di kawasan penempatan mereka.

Beliau juga memaklumkan Pahang mencatatkan peningkatan pendaftaran perkahwinan Orang Asli tahun ini, iaitu 1,834 pasangan setakat Jun, berbanding 1,141 pasangan (2017) dan 1,475 (2018).

"Ini adalah hasil didikan kesedaran oleh JAKOA dengan bantuan Tok Batin di kawasan penempatan mereka," katanya.

Jumlah keseluruhan bagi 2017 hingga Jun 2019 bagi Pahang iaitu 4,449 juga adalah yang tertinggi di dalam negara berbanding Negeri Sembilan (646) dan Perak (314).

Beliau menambah daerah dengan pendaftaran tertinggi di Pahang sejak 2017 ialah  Rompin dengan 1,081 diikuti Pekan (1,581) dan Temerloh (481). #sumber


Demikianlah Artikel JPN Akan Bantu Orang Asli Daftarkan Perkahwinan Secara Adat

Sekianlah artikel JPN Akan Bantu Orang Asli Daftarkan Perkahwinan Secara Adat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JPN Akan Bantu Orang Asli Daftarkan Perkahwinan Secara Adat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/jpn-akan-bantu-orang-asli-daftarkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "JPN Akan Bantu Orang Asli Daftarkan Perkahwinan Secara Adat"

Catat Ulasan

Loading...