Loading...
Judul : KPN: Video Lucah, Individu Rakam Video Lucah Di Kenalpasti !
link : KPN: Video Lucah, Individu Rakam Video Lucah Di Kenalpasti !
KPN: Video Lucah, Individu Rakam Video Lucah Di Kenalpasti !
KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan telah mengenalpasti dalang penyebaran video seks mirip seorang menteri kanan yang tular pada 11 Jun lalu.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, sehingga kini beberapa individu telah ditahan dan dibebaskan bagi membantu siasatan kes tersebut namun identiti mereka tidak didedahkan.
"Susulan siasatan yang dilakukan, kami telah mempunyai bayangan (petunjuk) individu yang bertanggungjawab.
"Terdapat satu bentuk pakatan atau konspirasi untuk merakamnya," katanya pada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Perumahan Polis Blok Melati di Setiawangsa di sini malam tadi.
Menurut Abdul Hamid, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan termasuk mengambil tindakan susulan terhadap dalang utama pembikinan dan penyebaran klip video berkenaan.
"Tidak kira sama ada yang terlibat merupakan ahli politik, orang biasa atau Badan Bukan Kerajaan, polis buta (tutup mata) tentang itu, siapa bertanggungjawab akan dikenakan tindakan.
"Malah mereka yang terbabit dalam menyebarkan video lucah hubungan sejenis itu juga akan diambil tindakan," tegas beliau.
Tambah Abdul Hamid, kertas siasatan berhubung kes itu telah dihantar sebanyak dua kali kepada Pejabat Peguam Negara namun dipulangkan semula berikutan beberapa tindakan yang perlu dilengkapkan.
"Menerusi perbincangan yang dilakukan, pihak polis akan mengambil beberapa tindakan berdasarkan arahan Pejabat Peguam Negara bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan semula.
"Kali terakhir kertas siasatan tersebut diserahkan kepada pihak Peguam Negara adalah pada Khamis lalu," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel KPN: Video Lucah, Individu Rakam Video Lucah Di Kenalpasti !
Sekianlah artikel KPN: Video Lucah, Individu Rakam Video Lucah Di Kenalpasti ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KPN: Video Lucah, Individu Rakam Video Lucah Di Kenalpasti ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/kpn-video-lucah-individu-rakam-video.html

0 Response to "KPN: Video Lucah, Individu Rakam Video Lucah Di Kenalpasti !"
Catat Ulasan