Loading...

Lembu Sado "Dogol, Boboi" Popular Di Taman Bandar Kuantan

Loading...
Lembu Sado "Dogol, Boboi" Popular Di Taman Bandar Kuantan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lembu Sado "Dogol, Boboi" Popular Di Taman Bandar Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lembu Sado "Dogol, Boboi" Popular Di Taman Bandar Kuantan
link : Lembu Sado "Dogol, Boboi" Popular Di Taman Bandar Kuantan

Baca juga


Lembu Sado "Dogol, Boboi" Popular Di Taman Bandar Kuantan


KUANTAN - 'Sado tapi jinak' merupakan sifat lembu sado jenis Charolais bernama Dogol, sehingga menjadi 'figura' popular pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Pahang 2019 di Taman Bandar di sini, hari ini.

Pemiliknya Muhammad Taufiq Ramli, 27, berkata Dogol yang berusia dua tahun juga amat manja dan suka dibelai 'peminat' khususnya kanak-kanak yang lazimnya berasa teruja melihat kelibat lembu putih seberat 790 kilogram itu.

"Kanak-kanak memang suka memegang Dogol, sama ada di kandang atau di sini. Malah, tadi sempat saya membawa Dogol keluar dan ditambat di pokok supaya lebih dekat dengan mereka yang hendak membelainya.

"Jika di kandang, ada masanya anak rakan meminta untuk menunggang Dogol. Setakat ini, ia tidak pernah bersikap agresif dan saya juga akan memerhatikan keadaan supaya tiada perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Muhammad Taufiq yang mengusahakan ternakan lembu di Kampung Pandan di sini sejak enam tahun lepas, mengakui sememangnya Dogol paling menonjol daripada 80 ekor ternakannya kerana saiznya yang luar biasa dan sifatnya yang jinak.

Lembu jantan yang dinobatkan sebagai King of Charolais pada program itu, menurut Muhammad Taufiq, tidak cerewet untuk dibela dan diberi makan sebanyak lima kilogram sehari terdiri daripada dedak makanan lembu dan rumput.

Walaupun Dogol dinilaikan pada harga RM15,000, Muhammad Taufiq berkata setakat ini beliau belum bersedia untuk menjual lembu itu kerana masih seronok melihat gelagat manja Dogol.

Sementara itu, turut mengungguli carta lembu sado popular ialah Boboi yang berusia setahun lapan bulan seberat 578 kilogram milik Ahmad Rashidi Awang, 48, dari Felda Kota Gelanggi 3, Jerantut dekat sini.

Ahmad Rashidi yang sudah enam tahun mengusahakan ternakan itu, secara berseloroh berkata, Boboi adalah anak jati Pahang walaupun 'bapanya' berasal dari Perancis, merujuk kepada baka yang digunakan dalam kaedah permanian beradas dengan lembu tempatan.

"Tak sukar untuk menjaga Boboi kerana diletakkan di kandang...cuma sesekali saya bawa keluar untuk biarkan ia bermain tanah memandangkan kandang bersimen. Mudah menjaga lembu ini dan pulangannya juga tinggi.

"Boboi juga dimandikan dua kali sehari bagi menjaga kebersihannya dan lazimnya saya melakukannya sebelum memberi makan. Setiap hari, saya memperuntukkan enam kilogram makanan yang dibahagi pada pagi dan petang," katanya.

Ahmad Rashidi juga berkata beliau menerima tawaran sebanyak RM12,000 untuk Boboi pada hari ini, namun masih belum membuat keputusan sama ada mahu menerimanya atau tidak. #sumber


Demikianlah Artikel Lembu Sado "Dogol, Boboi" Popular Di Taman Bandar Kuantan

Sekianlah artikel Lembu Sado "Dogol, Boboi" Popular Di Taman Bandar Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lembu Sado "Dogol, Boboi" Popular Di Taman Bandar Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/lembu-sado-dogol-boboi-popular-di-taman.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lembu Sado "Dogol, Boboi" Popular Di Taman Bandar Kuantan"

Catat Ulasan

Loading...