Loading...
Judul : Murid Tahun Enam Maut Jatuh, Lantai Bas 'Jerlus' Di Pasir Puteh
link : Murid Tahun Enam Maut Jatuh, Lantai Bas 'Jerlus' Di Pasir Puteh
Murid Tahun Enam Maut Jatuh, Lantai Bas 'Jerlus' Di Pasir Puteh
PASIR PUTEH - Seorang murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di Machang meninggal dunia selepas terpijak lantai bas reput dan terjatuh di atas jalan di Kampung Kandis, di sini hari ini.
Mangsa, Wan Muhammed Adam Mohd. Suria, 12, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 12.50 tengah hari selepas jerlus dari lantai sebuah bas sekolah.
Menurut sumber, mangsa adalah salah seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang yang menyertai rombongan untuk menyertai Bengkel Menjawab Soalan Bahasa Inggeris bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Bukit Keluang, Besut, Terengganu.
Penyelaras bengkel, Anis Sofea Uzaimi ketika dihubungi berkata, bas terbabit membawa murid sekolah itu yang sudah mengesahkan kehadiran mereka untuk menyertai bengkel yang diadakan selama dua hari.
"Mangsa dikatakan berdiri bersama rakan-rakan yang lain di bahagian hadapan bas berhampiran tangga.
“Di kawasan itu difahamkan ada kawasan yang berlubang namun telah ditutup tetapi saya tak pasti ia ditutup dengan apa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam pada itu, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Machang, Arazmi Seman ketika ditemui bersama keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Tengku Anis Pasir Puteh hari ini mengesahkan kejadian itu.
Beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan sudah dalam siasatan polis. #sumber
Demikianlah Artikel Murid Tahun Enam Maut Jatuh, Lantai Bas 'Jerlus' Di Pasir Puteh
Sekianlah artikel Murid Tahun Enam Maut Jatuh, Lantai Bas 'Jerlus' Di Pasir Puteh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Murid Tahun Enam Maut Jatuh, Lantai Bas 'Jerlus' Di Pasir Puteh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/murid-tahun-enam-maut-jatuh-lantai-bas.html
0 Response to "Murid Tahun Enam Maut Jatuh, Lantai Bas 'Jerlus' Di Pasir Puteh"
Catat Ulasan