Loading...

Pemandu e-Hailing Di Penjara Dan Di Sebat Kerana Menyamun

Loading...
Pemandu e-Hailing Di Penjara Dan Di Sebat Kerana Menyamun - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemandu e-Hailing Di Penjara Dan Di Sebat Kerana Menyamun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemandu e-Hailing Di Penjara Dan Di Sebat Kerana Menyamun
link : Pemandu e-Hailing Di Penjara Dan Di Sebat Kerana Menyamun

Baca juga


Pemandu e-Hailing Di Penjara Dan Di Sebat Kerana Menyamun


KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang pemandu e-hailing menjalani hukuman penjara 24 tahun dan empat bulan serta sembilan sebatan, atas kesalahan menyamun sembilan premis perniagaan di daerah ini.

Hakim Dazuki Ali yang membuat keputusan itu selepas menerima pegakuan salah tertuduh Mohd Rozaini Roslan, 30, turut memerintahkan supaya hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 24 Jun lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sembilan premis perniagaan sekitar Kuantan, melibatkan kerugian wang tunai RM10,464 dan seutas rantai emas antara 21 Mei hingga 18 Jun lalu dengan bersenjatakan pisau, parang, besi panjang serta rantai besi.

Antara premis perniagaan terlibat ialah klinik, kedai haiwan, farmasi, kedai kasut, kedai runcit dan pusat jualan pakaian yang mana semasa kejadian, semua premis itu dijaga oleh pekerja wanita.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berbadan kecil itu pada rayuannya, mendakwa terpaksa melakukan kesalahan itu kerana tertekan untuk menjelaskan bayaran pinjaman wang ah long, yang dikatakan telah mengugut untuk datang ke rumah.

"Saya bimbang dengan keselamatan keluarga kerana saya ada seorang anak berusia lapan tahun dan isteri pula sarat mengandung tujuh bulan. Saya bimbang ah long membuat kacau kerana mereka mahu menyimbah cat jika saya gagal (bayar pinjaman).

"Semua hasil samun diberikan kepada ah long... saya langsung tidak menggunakannya untuk belanja anak isteri. Saya sedar saya tak dapat melihat anak kedua dilahirkan, tapi saya merayu diberikan hukuman ringan supaya berpeluang menjaganya," katanya.

Dia mendakwa hanya memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM1,200 manakala isterinya tidak bekerja dan mereka menumpang di rumah emak mertua di Felda Neram 1 di Kemaman, Terengganu. 

Timbalan Pendakwa Raya Wahidah Zainal Abidin bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh bersenjata dan melibatkan ramai mangsa, selain boleh menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Pada penghakimannya, Dazuki berkata hukuman mengambil kira faktor tertuduh bersenjata yang boleh mencederakan mangsa selain dilakukan secara terancang berdasarkan tindakan dia menunggu waktu sesuai untuk masuk ke premis terlibat.

"Walaupun kamu mengatakan terdesak dengan ah long, ini bukan cara untuk menyelesaikannya. Sebaliknya ia menimbulkan masalah yang lebih besar. Ada cara yang betul di sisi undang-undang untuk menyelesaikannya," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Pemandu e-Hailing Di Penjara Dan Di Sebat Kerana Menyamun

Sekianlah artikel Pemandu e-Hailing Di Penjara Dan Di Sebat Kerana Menyamun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemandu e-Hailing Di Penjara Dan Di Sebat Kerana Menyamun dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/pemandu-e-hailing-di-penjara-dan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemandu e-Hailing Di Penjara Dan Di Sebat Kerana Menyamun"

Catat Ulasan

Loading...