Loading...
Judul : Pengerusi Anamah Kelantan Wan Rahim Presiden KAFA Baharu
link : Pengerusi Anamah Kelantan Wan Rahim Presiden KAFA Baharu
Pengerusi Anamah Kelantan Wan Rahim Presiden KAFA Baharu
KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, dipilih sebagai Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi sesi 2019/2013 menerusi Kongres Agung Luar Biasa (EGM) persatuan itu yang diadakan hari ini.
Wan Abdul Rahim atau lebih dikenali dengan Cikgu Rahim berjaya mengalahkan ahli perniagaan, Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz dalam undian pusingan kedua dengan kiraan undi 28-16.
Sebelum itu, dalam kiraan pusingan pertama, Cikgu Rahim berjaya memperolehi undi 25-20 namun tidak boleh diisytiharkan sebagai pemenang kerana tidak mendapat majoriti 2/3 undi.
Sementara itu, Datuk Seri Afandi Hamzah mengekalkan jawatan Timbalan Presiden KAFA setelah berjaya mengalahkan dua calon lain iaitu Mohd Yusri Mohammad dan Datuk Seri Zumridi Tambi.
Bagi jawatan Naib Presiden, Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) sebulat suara memilih Datuk Rowi Dollah, Datuk Shaari Mat Hussain dan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Dr. Zaliman Sauli. #sumber
Demikianlah Artikel Pengerusi Anamah Kelantan Wan Rahim Presiden KAFA Baharu
Sekianlah artikel Pengerusi Anamah Kelantan Wan Rahim Presiden KAFA Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengerusi Anamah Kelantan Wan Rahim Presiden KAFA Baharu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/pengerusi-anamah-kelantan-wan-rahim.html
0 Response to "Pengerusi Anamah Kelantan Wan Rahim Presiden KAFA Baharu"
Catat Ulasan