Loading...

Penipuan Umrah: Polis Tahan Dua Wanita Bagi Bantu Siasatan

Loading...
Penipuan Umrah: Polis Tahan Dua Wanita Bagi Bantu Siasatan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penipuan Umrah: Polis Tahan Dua Wanita Bagi Bantu Siasatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penipuan Umrah: Polis Tahan Dua Wanita Bagi Bantu Siasatan
link : Penipuan Umrah: Polis Tahan Dua Wanita Bagi Bantu Siasatan

Baca juga


Penipuan Umrah: Polis Tahan Dua Wanita Bagi Bantu Siasatan


KUANTAN - Polis Pahang menahan dua wanita bagi membantu siasatan kes penipuan umrah yang dipercayai aktif di beberapa daerah sekitar negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek berusia 60 dan 50 tahun itu masing-masing ditahan di Sentul dan Setapak, Kuala Lumpur pada petang Khamis lalu.

Katanya, kedua-dua suspek merupakan pemilik akaun bank yang digunakan dalam penipuan pakej umrah murah berharga RM2,200 seorang dan mendakwa bayaran selebihnya ditanggung penaja berpangkat 'Datuk'.

"Suspek juga dipercayai terlibat menipu 19 mangsa dari Temerloh yang menyebabkan kerugian berjumlah RM41,800 bagi pakej menunaikan umrah sekitar November 2018 selepas memberi alasan penerbangan ditunda.

"Mereka juga dipercayai gagal memulangkan wang peserta pakej walaupun memberi jaminan wang akan dikembalikan kepada peserta yang membatalkan perjalanan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata suspek juga dipercayai terlibat dalam penipuan umrah di Jerantut, Bentong dan Cameron Highlands.

"Polis memperoleh perintah tahanan reman ke atas suspek dari Mahkamah Majistret Temerloh pada Jumaat sehingga esok dan dijangka akan membuat permohonan reman baharu selepas itu," katanya.

Mohd Wazir berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. #sumber


Demikianlah Artikel Penipuan Umrah: Polis Tahan Dua Wanita Bagi Bantu Siasatan

Sekianlah artikel Penipuan Umrah: Polis Tahan Dua Wanita Bagi Bantu Siasatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penipuan Umrah: Polis Tahan Dua Wanita Bagi Bantu Siasatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/penipuan-umrah-polis-tahan-dua-wanita.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Penipuan Umrah: Polis Tahan Dua Wanita Bagi Bantu Siasatan"

Catat Ulasan

Loading...