Loading...

PPD Kuantan Tidak Benarkan Lagi Aktiviti Memanah Di Sekolah

Loading...
PPD Kuantan Tidak Benarkan Lagi Aktiviti Memanah Di Sekolah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPD Kuantan Tidak Benarkan Lagi Aktiviti Memanah Di Sekolah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPD Kuantan Tidak Benarkan Lagi Aktiviti Memanah Di Sekolah
link : PPD Kuantan Tidak Benarkan Lagi Aktiviti Memanah Di Sekolah

Baca juga


PPD Kuantan Tidak Benarkan Lagi Aktiviti Memanah Di Sekolah


KUANTAN - Semua sekolah di daerah ini tidak dibenarkan menjalani aktiviti memanah dalam kawasan sekolah, kata Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan Mohd Razali Mustafar.

Beliau berkata arahan itu telah dikeluarkan sebelum ini, namun semua sekolah diberi peringatan semula susulan kejadian sebuah kereta 'dipanah' semasa sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di sini, semalam.

"Arahan ini bukan hanya untuk sukan memanah tetapi juga sukan lain yang berisiko seperti lempar cakera. Kita sebenarnya sudah mempunyai kawasan yang sesuai dan selamat untuk latihan sukan dan mereka yang hendak melakukan aktiviti hanya perlu ke sana.


"Latihan memanah sepatutnya hanya boleh dilakukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Talam di Indera Mahkota 15 di sini, yang lengkap dan menepati aspek keselamatan...namun mungkin lokasinya agak jauh dari sekolah yang terlibat," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Razali berkata pihaknya juga tidak akan membenarkan sekolah yang terlibat dalam kejadian semalam, menjalankan latihan memanah di sekolah, meskipun jika pihak pengurusan mengambil tindakan memasang jaring keselamatan.

"Jaring keselamatan mungkin boleh menghalang anak panah daripada keluar dari kawasan sekolah, namun bagaimana pula dengan keselamatan pelajar yang berada di dalam persekitaran sekolah 

"Jadi kita bertegas tidak membenarkan sekolah itu melakukan aktiviti memanah di sekolah," katanya.

Semalam, media melaporkan dakwaan seorang pesara, Tan Theam Lye, 62, yang mengatakan pintu belakang kiri kereta Suzuki Swiftnya berlubang selepas terkena 'anak panah' sesat di Jalan Beserah.

Tan berkata anak panah itu dilepaskan oleh seorang daripada empat pelajar sekolah bersebelahan jalan itu, yang dilihat sedang menjalani latihan memanah dengan diawasi seorang guru.

Beliau mendakwa guru itu telah membayar ganti rugi sebanyak RM300, namun mahu sekolah itu meningkatkan aspek keselamatan supaya kejadian serupa tidak berulang. #sumber


Demikianlah Artikel PPD Kuantan Tidak Benarkan Lagi Aktiviti Memanah Di Sekolah

Sekianlah artikel PPD Kuantan Tidak Benarkan Lagi Aktiviti Memanah Di Sekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPD Kuantan Tidak Benarkan Lagi Aktiviti Memanah Di Sekolah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/ppd-kuantan-tidak-benarkan-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PPD Kuantan Tidak Benarkan Lagi Aktiviti Memanah Di Sekolah"

Catat Ulasan

Loading...