Loading...
Judul : Rumah & Bangunan Kerajaan Rosak Akibat Ribut Di Temerloh !
link : Rumah & Bangunan Kerajaan Rosak Akibat Ribut Di Temerloh !
Rumah & Bangunan Kerajaan Rosak Akibat Ribut Di Temerloh !
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata kejadian berlaku sekitar 5.30 petang itu, bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.
Katanya, kawasan terlibat ialah Kampung Mempateh, Kampung Tan Seri Yahya, Taman Mentakab Indah, Taman Paya Tiram, Kampung Bukit Ketumbit, Kampung Seri Ketumbit, Kampung Rasau, Kampung Kerai, Kampung Gajah Mati dan Kampung Paya Keladan.
"Dua bangunan kerajaan yang terjejas dalam kejadian itu ialah sebuah blok kediaman markas tentera Kem Batu 5 di Mentakab dan stor di Sekolah Kebangsaan Kerdau di Kerdau.
"Anggaran kerugian masih dalam taksiran dan kami menasihatkan mereka yang terlibat untuk membuat laporan polis bagi pengesahan kejadian," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Zainal berkata setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara dibuka memandangkan ada mangsa yang masih menetap di rumah sendiri atau menumpang di rumah saudara-mara.
Selain APM, agensi lain seperti polis, bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memberi bantuan awal kepada semua mangsa terlibat. #sumber
Demikianlah Artikel Rumah & Bangunan Kerajaan Rosak Akibat Ribut Di Temerloh !
Sekianlah artikel Rumah & Bangunan Kerajaan Rosak Akibat Ribut Di Temerloh ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rumah & Bangunan Kerajaan Rosak Akibat Ribut Di Temerloh ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/rumah-bangunan-kerajaan-rosak-akibat.html
0 Response to "Rumah & Bangunan Kerajaan Rosak Akibat Ribut Di Temerloh !"
Catat Ulasan