Loading...

Selancar Tiga Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2018

Loading...
Selancar Tiga Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2018 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selancar Tiga Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2018, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selancar Tiga Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2018
link : Selancar Tiga Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2018

Baca juga


Selancar Tiga Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2018


ROMPIN - Titisan air mata kegembiraan dan pelukan tahniah 'mengiringi' lebih 20 wakil penduduk Felda Selancar 3 di sini, apabila mereka dinobatkan sebagai juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2018 hari ini.

Lebih manis, anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 yang diadakan di kampung halaman mereka hari ini dengan disaksikan ribuan peneroka.

Mereka, yang diketuai Pengurus Raduan Rozali, 50, menerima wang tunai RM1 juta, sijil dan piala iringan, yang mana menurut beliau penduduk sudah sepakat supaya diagihkan RM1,000 kepada semua 365 keluarga dan tujuh kakitangan tanah rancangan itu.

"Baki wang kemenangan akan digunakan untuk membina rumah inap desa yang diberi nama rumah inap desa AKKF mengambil kira nama anugerah selain dijadikan modal untuk mengusahakan ternakan lembu untuk generasi kedua.

"Kami berhasrat meningkatkan ekonomi sampingan warga Felda Selancar 3 dengan pembinaan rumah inap desa ini kerana buat masa ini peneroka lebih tertumpu kepada tanaman sawit dan ternakan lembu," katanya semasa ditemui Bernama di sini.

Pertandingan itu, yang menjadi tumpuan peneroka setiap tahun dinilai menerusi 10 komponen utama antaranya rumah peneroka, kualiti komuniti, jalan utama, pengurusan ladang, projek ekonomi, aktiviti badan peneroka dan generasi baharu, susun atur dan keceriaan kawasan perniagaan serta pelancongan.

Raduan berkata, mereka membelanjakan kira-kira RM70,000 untuk meningkatkan keceriaan persekitaran Felda bagi tujuan pertandingan itu, termasuk dengan membina sebuah taman rekreasi di situ.



"Kita bermula secara berperingkat dan sedikit demi sedikit bermula 2016 dengan menumpukan kepada aspek kebersihan terlebih dahulu sebelum beralih kepada keceriaan kawasan kampung.

"Apabila peneroka sudah mula menerima dan bersemangat dalam proses mengindahkan kawasan kampung, barulah kita memasuki pertandingan AKKF ini buat kali pertama pada 2017, namun pada masa itu rezeki tidak berpihak kepada kami," katanya.


Bagi Ketua Penerokawati Felda Selancar 3, Hendon Arshad, 59, kejayaan itu bukan kejayaan mereka di tanah rancangan itu semata-mata tetapi adalah kejayaan negeri kerana difahamkan ini kali pertama tanah rancangan di Pahang merangkul anugerah itu.

Hendon berkata, pihaknya juga mewajibkan gotong-royong bulanan secara besar-besaran selain mengekalkan kebersihan dan keceriaan kawasan setiap dua minggu yang disifatkan membantu meningkatkan perpaduan antara penduduk.

"Bagi blok rancangan pula, kita mewajibkan gotong-royong dilakukan setiap minggu oleh anggota blok… seronok dan bersemangat untuk mencantikkan kampung bila dengar maklum balas anak semasa pulang ke kampung dan pujian orang luar yang melawat," katanyaa. #sumber


Demikianlah Artikel Selancar Tiga Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2018

Sekianlah artikel Selancar Tiga Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selancar Tiga Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2018 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/selancar-tiga-juara-anugerah-keceriaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Selancar Tiga Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2018"

Catat Ulasan

Loading...