Loading...

Sikap Keprihatinan Al-Sultan Abdullah Sentuh Perasaan Media

Loading...
Sikap Keprihatinan Al-Sultan Abdullah Sentuh Perasaan Media - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sikap Keprihatinan Al-Sultan Abdullah Sentuh Perasaan Media, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sikap Keprihatinan Al-Sultan Abdullah Sentuh Perasaan Media
link : Sikap Keprihatinan Al-Sultan Abdullah Sentuh Perasaan Media

Baca juga


Sikap Keprihatinan Al-Sultan Abdullah Sentuh Perasaan Media


KUALA LUMPUR - Sikap prihatin yang amat sinonim dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah turut dirasa sendiri petugas media yang mewawancara Seri Paduka sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara baru-baru ini.

Kejadian spontan itu berlaku apabila Seri Paduka yang sepatutnya menaiki kereta bugi selepas selesai sesi wawancara bersama Bernama dan Kumpulan NSTP tidak berbuat demikian sebaliknya menitahkan pemandu kereta bugi itu membawa Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Ahmad Fuad Yahya yang terpaksa berjalan menggunakan tongkat berikutan penyakit arthritis yang dihidapinya.

Menurut Ahmad Fuad, beliau berasa amat terkejut apabila pemandu kereta bugi Seri Paduka datang kepadanya dan memaklumkan Sultan Abdullah menitahkannya untuk membawa beliau.

"Saya berat hati untuk menaiki kereta bugi tersebut pada mulanya tetapi apabila pemandu itu bercakap tuanku sendiri yang menitahkan agar mengambil saya untuk menaiki kereta bugi itu, saya naik juga.

"Saya rasa cukup terharu dengan keprihatinan tuanku sedangkan ketika itu tuanku juga menghadapi masalah kaki dan baginda sanggup berjalan kaki semata-mata untuk beri kemudahan kepada saya," katanya.

Terdahulu, ketika berangkat ke sesi wawancara yang diadakan di Dewan Santapan Utama, baginda menaiki kereta bugi berikutan masalah kaki yang dihadapi Seri Paduka.

Ahmad Fuad berkata, apa yang dilakukan Al-Sultan Abdullah menunjukkan sikap prihatin Seri Paduka bukan sahaja pada musibah besar kejadian bencana seperti banjir dan kebakaran yang melibatkan rakyat jelata tetapi perkara yang sekecil-kecil seumpama yang dialaminya turut mendapat perhatian Seri Paduka.

Menurut Ahmad Fuad, ketika beramah mesra dengan media yang hadir sebelum sesi wawancara itu, Seri Paduka sempat bertanya keadaan kakinya.

"Saya katakan kepada tuanku yang saya akan jalani pembedahan pada hujung bulan ini. Baginda turut bertanya di mana pembedahan akan dilakukan dan doktor yang terlibat dalam pembedahan itu.

"Sempat juga tuanku berseloroh bertanya, berani ya? Saya anggap tuanku seorang Yang di-Pertuan Agong yang sangat ringkas, sanggup mengetepikan protokol istana untuk bertanya khabar rakyat," menurut Ahmad Fuad yang pastinya tidak akan melupakan kenangan manis itu sepanjang kerjayanya sebagai wartawan. #sumber


Demikianlah Artikel Sikap Keprihatinan Al-Sultan Abdullah Sentuh Perasaan Media

Sekianlah artikel Sikap Keprihatinan Al-Sultan Abdullah Sentuh Perasaan Media kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sikap Keprihatinan Al-Sultan Abdullah Sentuh Perasaan Media dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/07/sikap-keprihatinan-al-sultan-abdullah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sikap Keprihatinan Al-Sultan Abdullah Sentuh Perasaan Media"

Catat Ulasan

Loading...