Loading...

6 Bot Vietnam, Hasil Laut Bernilai Lebih RM6 Juta Di Rampas !

Loading...
6 Bot Vietnam, Hasil Laut Bernilai Lebih RM6 Juta Di Rampas ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 6 Bot Vietnam, Hasil Laut Bernilai Lebih RM6 Juta Di Rampas !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 6 Bot Vietnam, Hasil Laut Bernilai Lebih RM6 Juta Di Rampas !
link : 6 Bot Vietnam, Hasil Laut Bernilai Lebih RM6 Juta Di Rampas !

Baca juga


6 Bot Vietnam, Hasil Laut Bernilai Lebih RM6 Juta Di Rampas !


KUANTAN - Pasukan Polis Marin merampas enam bot nelayan Vietnam dan hasil laut bernilai lebih RM6 juta yang dipercayai menceroboh perairan Pantai Timur, dalam tempoh 15 hari bermula 25 Julai lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Pasukan Gerakan Khas Bukit Aman Datuk Fisol Salleh berkata pihaknya juga menahan 85 lelaki warga asing terdiri daripada tekong dan awak-awak bot tersebut.

Katanya semua mereka ditahan menerusi Operasi Gelora Khas melibatkan 182 pegawai dan anggota dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia.

"Kita berjaya menahan bot nelayan asing terbabit yang berada sekitar 30 hingga ke 100 batu nautika dalam perairan Malaysia bersama kelengkapan menangkap ikan dan hasil tangkapan laut.

"Suspek yang ditahan berusia antara 15 hingga ke 60 tahun didapati tidak mempunyai kebenaran untuk menangkap ikan dalam perairan Malaysia selain ketiadaan dokumen perjalanan," katanya.

Fisol berkata demikian pada sidang media di Markas Wilayah Pasukan Polis Marin Wilayah 3 di sini hari ini, yang dihadiri Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman SAC Mohd Yusoff Mamat dan Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Datuk Azahari Othman.

Beliau berkata operasi melibatkan penggunaan 12 buah bot termasuk sembilan aset polis marin dan sebuah helikopter bagi mengesan kehadiran bot nelayan asing di perairan Malaysia.

"Pihak kami berdepan dengan keupayaan aset yang kurang berkemampuan untuk pergi lebih jauh ke tengah laut berbanding bot yang digunakan nelayan asing.

"Bot nelayan asing berada antara 30 ke 100 batu nautika dan kita mengambil masa sedikit untuk sampai ke lokasi mereka, namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk membanteras kegiatan mencuri hasil laut negara kita," katanya.

Fisol berkata siasatan terhadap tekong dan awak-awak yang ditahan dilakukan mengikut Seksyen 15 dan Seksyen 16 Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan tanpa kebenaran dan memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. #sumber


Demikianlah Artikel 6 Bot Vietnam, Hasil Laut Bernilai Lebih RM6 Juta Di Rampas !

Sekianlah artikel 6 Bot Vietnam, Hasil Laut Bernilai Lebih RM6 Juta Di Rampas ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 6 Bot Vietnam, Hasil Laut Bernilai Lebih RM6 Juta Di Rampas ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/6-bot-vietnam-hasil-laut-bernilai-lebih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "6 Bot Vietnam, Hasil Laut Bernilai Lebih RM6 Juta Di Rampas !"

Catat Ulasan

Loading...