Loading...

Annuar: Pertemuan UMNO Dengan PM Adalah Pertemuan Biasa

Loading...
Annuar: Pertemuan UMNO Dengan PM Adalah Pertemuan Biasa - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Annuar: Pertemuan UMNO Dengan PM Adalah Pertemuan Biasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Annuar: Pertemuan UMNO Dengan PM Adalah Pertemuan Biasa
link : Annuar: Pertemuan UMNO Dengan PM Adalah Pertemuan Biasa

Baca juga


Annuar: Pertemuan UMNO Dengan PM Adalah Pertemuan Biasa


KOTA BHARU - Pertemuan beberapa pemimpin pembangkang dari UMNO, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini dianggap bersifat peribadi, bukan rasmi untuk parti, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata pimpinan Majlis Tertinggi UMNO sudah membuat keputusan, segala perkara yang bersifat rasmi diserahkan kepada presiden parti sahaja.

"Selain Presiden, semua perkara berkait dengan perjumpaan ia dianggap dilakukan atas sifat peribadi masing-masing dan kita sudah menyemak dengan GPS dan PAS, pertemuan itu sebenarnya mereka dipanggil, bukan mereka pergi jumpa.

"Saya fikir barangkali Tun (Mahathir) mahu bertanya khabar dan meninjau-ninjau serta bertukar pandangan.. itu tiada masalah," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh 2019 di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor di sini yang disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Timbalannya Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad, Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh dan Pengerusi MCA Negeri, Chua Hock Kuan.

Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir dua hari lepas yang mengesahkan beberapa pemimpin pembangkang dari UMNO, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertemu beliau pada Selasa lepas.

Menurut Annuar, perjumpaan dengan Perdana Menteri seperti itu adalah biasa bagi pemimpin di negara ini.

"Kita dengan Perdana Menteri, kita selalu jumpa dan bagi saya itu tidak ada isu," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Annuar: Pertemuan UMNO Dengan PM Adalah Pertemuan Biasa

Sekianlah artikel Annuar: Pertemuan UMNO Dengan PM Adalah Pertemuan Biasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Annuar: Pertemuan UMNO Dengan PM Adalah Pertemuan Biasa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/annuar-pertemuan-umno-dengan-pm-adalah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Annuar: Pertemuan UMNO Dengan PM Adalah Pertemuan Biasa"

Catat Ulasan

Loading...