Loading...
Judul : Dr M Perlu Di Beri Ruang Terajui Negara Hingga Akhir Penggal !
link : Dr M Perlu Di Beri Ruang Terajui Negara Hingga Akhir Penggal !
Dr M Perlu Di Beri Ruang Terajui Negara Hingga Akhir Penggal !
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mazlan Bujang berkata ia penting bagi memastikan Dr Mahathir dapat memberi fokus yang sepenuhnya dalam memulihkan negara kepada landasan yang lebih baik.
"Tun (Dr Mahathir) perlu diberi ruang yang lebih besar dan fokus untuk membaiki sistem kita yang hampir rosak untuk ia dipulihkan kepada landasan yang terbaik, sebelum diserahkan kepada orang lain.
"Kalau kita kerap sangat bertukar Perdana Menteri, itu juga menunjukkan bahawa iklim politik kita yang kurang stabil. Jadi, saya harap Tun dapat diberi ruang kepada semua pemimpin terutama dalam Pakatan Harapan untuk menerajui sehingga habis penggal pemerintahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Search and Destroy anjuran badan bukan kerajaan, Garbage Ranger bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di sini, hari ini.
Mazlan berkata demikian sebagai mengulas mengenai pelbagai pihak yang menggesa Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Mengenai program Search and Destroy yang julung kali diadakan di kawasan Taman Pelangi Indah, di sini, Mazlan berkata ia bertujuan mendidik generasi muda tentang kesedaran dan ilmu pengurusan sisa pepejal.
Program berkenaan juga dilihat mampu menjadi platform bagi mendidik masyarakat sekitar bagi melestarikan alam sekitar supaya ia sentiasa dapat dipelihara, katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Dr M Perlu Di Beri Ruang Terajui Negara Hingga Akhir Penggal !
Sekianlah artikel Dr M Perlu Di Beri Ruang Terajui Negara Hingga Akhir Penggal ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dr M Perlu Di Beri Ruang Terajui Negara Hingga Akhir Penggal ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/dr-m-perlu-di-beri-ruang-terajui-negara.html
0 Response to "Dr M Perlu Di Beri Ruang Terajui Negara Hingga Akhir Penggal !"
Catat Ulasan