Loading...

Enam Maut Termasuk Lima Sekeluarga Di Lebuh AMJ Melaka

Loading...
Enam Maut Termasuk Lima Sekeluarga Di Lebuh AMJ Melaka - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Enam Maut Termasuk Lima Sekeluarga Di Lebuh AMJ Melaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Enam Maut Termasuk Lima Sekeluarga Di Lebuh AMJ Melaka
link : Enam Maut Termasuk Lima Sekeluarga Di Lebuh AMJ Melaka

Baca juga


Enam Maut Termasuk Lima Sekeluarga Di Lebuh AMJ Melaka


ALOR GAJAH - Enam maut termasuk lima sekeluarga dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (Lebuh AMJ) menghala ke Simpang Ampat di sini, 9.40 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt A. Asmadi Abdul Aziz berkata kemalangan membabitkan Mitsubishi Triton dan Isuzu D-Max serta sebuah treler tanpa muatan.

Beliau berkata mangsa yang maut ialah pemandu dan empat penumpang Isuzu D-Max serta pemandu Mitsubishi Triton akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

"Dalam kejadian itu, treler dan Isuzu D-Max berkenaan dalam perjalanan dari arah Melaka menghala ke Simpang Ampat manakala Mitsubishi Triton dari arah bertentangan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Mitsubishi Triton yang dipandu seorang lelaki dan anaknya berusia 20-an terbabas sebelum masuk ke arah bertentangan lalu merempuh Isuzu D-Max," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata lima sekeluarga itu terdiri daripada seorang lelaki berusia 57 tahun dan seorang wanita berusia 62 tahun, serta seorang kanak-kanak perempuannya berusia 24 tahun, manakala dua lagi mangsa belum dikenal pasti umur mereka.

Menurutnya identiti kesemua mereka masih tidak dapat disahkan lagi setakat ini dan akan dimaklumkan kelak.

A. Asmadi berkata sementara itu, penumpang Mitsubishi Triton yang juga anak perempuan pemandu kenderaan yang berusia 51 tahun itu turut mengalami kecederaan parah.

“Bagaimanapun pemandu treler tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata semua mayat dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber


Demikianlah Artikel Enam Maut Termasuk Lima Sekeluarga Di Lebuh AMJ Melaka

Sekianlah artikel Enam Maut Termasuk Lima Sekeluarga Di Lebuh AMJ Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Enam Maut Termasuk Lima Sekeluarga Di Lebuh AMJ Melaka dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/enam-maut-termasuk-lima-sekeluarga-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Enam Maut Termasuk Lima Sekeluarga Di Lebuh AMJ Melaka"

Catat Ulasan

Loading...