Loading...

Kontroversi Zakir Naik Di Bangkitkan Pada Mesyuarat Kabinet

Loading...
Kontroversi Zakir Naik Di Bangkitkan Pada Mesyuarat Kabinet - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kontroversi Zakir Naik Di Bangkitkan Pada Mesyuarat Kabinet, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kontroversi Zakir Naik Di Bangkitkan Pada Mesyuarat Kabinet
link : Kontroversi Zakir Naik Di Bangkitkan Pada Mesyuarat Kabinet

Baca juga


Kontroversi Zakir Naik Di Bangkitkan Pada Mesyuarat Kabinet


PUTRAJAYA - Dua menteri Persekutuan telah membangkitkan isu kehadiran pendakwah Dr. Zakir Naik di Malaysia dan kenyataannya yang disifatkan sebagai kontroversi, dalam Kabinet dan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran dalam kenyataan bersama berkata, mereka telah menyuarakan pendirian mereka bahawa tindakan mesti diambil dan Zakir tidak boleh lagi dibenarkan tinggal di Malaysia.

"Perdana Menteri mengambil maklum kebimbangan kami. Kami serahkan kepada beliau untuk mempertimbangkannya dan membuat keputusan dengan segera mengenai apa yang akan dilakukan untuk menangani masalah ini," kata mereka.

Gobind dan Kula Segaran juga mengulangi kebimbangan yang dibangkitkan banyak pihak terhadap ucapan dan kenyataan Zakir yang dikatakan menimbulkan kontroversi.

“Oleh itu, kami mengemukakan bantahan terhadap Zakir Naik, daripada mengadakan sebarang acara di Malaysia atau membuat kenyataan lanjut yang memberi kesan kepada hubungan kaum dan ketenteraman awam," kata mereka.

Semalam, Mahathir dilaporkan berkata, masalah yang dihadapi kerajaan ialah Zakir tidak boleh dihantar balik ke negara asalnya, India, kerana bimbang dibunuh.

Bagaimanapun, beliau terbuka kepada sebarang cadangan untuk menghantar Zakir ke mana-mana negara yang mahu menerima penceramah itu.

Antara kenyataan kontroversi Zakir ialah semasa ceramahnya pada 3 Ogos di mana beliau dilaporkan mendakwa penganut Hindu Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi berbanding Mahathir. #sumber


Demikianlah Artikel Kontroversi Zakir Naik Di Bangkitkan Pada Mesyuarat Kabinet

Sekianlah artikel Kontroversi Zakir Naik Di Bangkitkan Pada Mesyuarat Kabinet kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kontroversi Zakir Naik Di Bangkitkan Pada Mesyuarat Kabinet dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/kontroversi-zakir-naik-di-bangkitkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kontroversi Zakir Naik Di Bangkitkan Pada Mesyuarat Kabinet"

Catat Ulasan

Loading...