Loading...

Lelaki Maut Dipercayai Lemas Di Air Terjun Pelangi, Sg Lembing

Loading...
Lelaki Maut Dipercayai Lemas Di Air Terjun Pelangi, Sg Lembing - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Maut Dipercayai Lemas Di Air Terjun Pelangi, Sg Lembing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Maut Dipercayai Lemas Di Air Terjun Pelangi, Sg Lembing
link : Lelaki Maut Dipercayai Lemas Di Air Terjun Pelangi, Sg Lembing

Baca juga


Lelaki Maut Dipercayai Lemas Di Air Terjun Pelangi, Sg Lembing


KUANTAN - Seorang lelaki dipercayai maut akibat lemas di Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing di sini hari ini, selepas dikatakan tenggelam semasa sedang mandi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa, Joshua Sia Hanyang, 31, yang beralamat di Kuala Lumpur, dipercayai datang ke air terjun itu bersama kawannya pada 6.45 pagi.

Mangsa yang mandi di air terjun berkenaan, dikatakan tenggelam kira-kira 8.45 pagi menyebabkan rakannya dengan bantuan orang awam di situ mula mencari mangsa di dasar air terjun, katanya.

"Kawan mangsa mendakwa dia dan orang awam dapat menarik mangsa yang sudah tidak sedarkan diri ke tepi air terjun sebelum menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

"Pasukan bomba tiba di kawasan air terjun kira-kira 12.30 tengah hari kerana perlu mendaki untuk ke situ, dan terus membawa mangsa turun ke kawasan Lubuk Beruk untuk dibawa keluar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Noor berkata operasi membawa turun mangsa dengan mengusung menerusi laluan darat turut disertai anggota polis dan bomba sukarela dari Sungai Lembing.

Katanya, pegawai perubatan yang menunggu di Balai Polis Sungai Lembing mengesahkan mangsa telah meninggal dunia selepas membuat pemeriksaan.

"Siasatan awal terhadap mangsa mendapati tiada kesan luka atau lebam pada tubuhnya dan setakat ini, tiada unsur jenayah disyaki berlaku," katanya.

Mohamad Noor berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. #sumber


Demikianlah Artikel Lelaki Maut Dipercayai Lemas Di Air Terjun Pelangi, Sg Lembing

Sekianlah artikel Lelaki Maut Dipercayai Lemas Di Air Terjun Pelangi, Sg Lembing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Maut Dipercayai Lemas Di Air Terjun Pelangi, Sg Lembing dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/lelaki-maut-dipercayai-lemas-di-air.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lelaki Maut Dipercayai Lemas Di Air Terjun Pelangi, Sg Lembing"

Catat Ulasan

Loading...