Loading...
Judul : PEKA: Benar Pelarian Negara Luar Bekerja Satu Usaha Terpuji
link : PEKA: Benar Pelarian Negara Luar Bekerja Satu Usaha Terpuji
PEKA: Benar Pelarian Negara Luar Bekerja Satu Usaha Terpuji
Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (PEKA), Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir berkata, usaha itu juga akan membantu pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) terlibat memperoleh sumber pendapatan sebelum dipindahkan ke negara ketiga.
"Ia juga dapat mengurangkan pengambilan dan penambahan kemasukan buruh asing yang tidak terkawal, secara tidak langsung ia membantu membangunkan negara, bukan merugikan.
"Inisiatif membenarkan mereka (pelarian) bekerja dapat menangani isu-isu pemerdagangan orang dengan lebih berkesan. Ini adalah untuk membantu kerajaan menyelesaikan isu yang berkaitan dengan memantau pengesahan status pelarian dan pencari suaka yang tinggal di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran semalam yang dilaporkan berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh mengabaikan janji manifestonya untuk membenarkan pelarian yang berada di negara untuk bekerja.
Kulasegaran berkata, biarpun kerajaan belum membuat keputusan muktamad berhubung perkara itu, namun beliau secara peribadi berpendapat golongan berkenaan perlu dibenarkan bekerja di negara ini.
Zuhairi berkata, Peka menyokong pendirian Menteri Sumber Manusia yang mana jika dibenarkan, usaha itu memerlukan pengurusan yang tepat untuk memantau dan menjejaki aktiviti pelarian terbabit demi memastikan keselamatan negara.
"Di samping itu, tuntutan hidup mereka (pelarian) perlu diuruskan dengan lebih berkesan dan mereka juga perlu didaftarkan dengan betul serta lokasi mereka akan direkodkan dan mencegah mereka melakukan kegiatan yang menyalahi undang-undang," jelasnya.
Beliau berkata, golongan pekerja asing diperlukan di negara ini supaya dapat memenuhi keperluan bidang pekerjaan tertentu seperti sektor buruh, pertanian dan perladangan yang kurang diminati warga tempatan.
"Tindakan kerajaan membenarkan mereka bekerja sementara dengan mengeluarkan pas khas dan mengenakan bayaran tertentu tidak akan merugikan.
"Realitinya, sudah lama mereka menetap di negara ini namun bekerja secara tidak sah untuk mencari rezeki meneruskan kehidupan. Kerajaan pula tidak dapat apa-apa hasil," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel PEKA: Benar Pelarian Negara Luar Bekerja Satu Usaha Terpuji
Sekianlah artikel PEKA: Benar Pelarian Negara Luar Bekerja Satu Usaha Terpuji kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PEKA: Benar Pelarian Negara Luar Bekerja Satu Usaha Terpuji dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/peka-benar-pelarian-negara-luar-bekerja.html
0 Response to "PEKA: Benar Pelarian Negara Luar Bekerja Satu Usaha Terpuji"
Catat Ulasan