Loading...

Tiada Tindakan Terhadap Azmin, Gagal Hadir Mesyuarat PKR

Loading...
Tiada Tindakan Terhadap Azmin, Gagal Hadir Mesyuarat PKR - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Tindakan Terhadap Azmin, Gagal Hadir Mesyuarat PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Tindakan Terhadap Azmin, Gagal Hadir Mesyuarat PKR
link : Tiada Tindakan Terhadap Azmin, Gagal Hadir Mesyuarat PKR

Baca juga


Tiada Tindakan Terhadap Azmin, Gagal Hadir Mesyuarat PKR


PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengeluarkan sebarang surat peringatan kepada timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan gagal menghadiri beberapa mesyuarat biro politik parti itu.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kassim berkata pada masa ini, pihaknya tidak mempunyai sebab munasabah untuk mengambil tindakan terhadap Mohamed Azmin.

“Tidak ada surat peringatan yang kita keluarkan kepada timbalan presiden, sebab dia tidak buat apa-apa (perkara) yang perlu kita keluarkan surat minta penjelasan.

“Urusan (tidak hadir mesyuarat) itu bukan urusan atau bidang Lembaga Disiplin, itu urusan Setiausaha Agung PKR (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail),” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Biro Politik PKR, di sini, hari ini.

Ahmad ditanya mengenai ketidakhadiran Mohamed Azmin pada beberapa mesyuarat PKR, sebelum ini.

Dalam pada itu, Ahmad berkata Lembaga Disiplin PKR tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas Pengerusi PKR Selangor, Amirudin Shari dan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Ahmad berkata setakat ini, Biro Politik PKR berpuas hati dengan kandungan surat penjelasan kedua-dua mereka yang turut disertakan dengan permohonan maaf, berhubung kenyataan mengenai video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Pada 25 Julai lepas, Lembaga Disiplin menghubungi Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor, dan Farhash serta beberapa anggota parti yang lain berhubung kenyataan dikeluarkan mengenai isu video lucah itu yang tular di media sosial pada Jun lepas. #sumber


Demikianlah Artikel Tiada Tindakan Terhadap Azmin, Gagal Hadir Mesyuarat PKR

Sekianlah artikel Tiada Tindakan Terhadap Azmin, Gagal Hadir Mesyuarat PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Tindakan Terhadap Azmin, Gagal Hadir Mesyuarat PKR dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/tiada-tindakan-terhadap-azmin-gagal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiada Tindakan Terhadap Azmin, Gagal Hadir Mesyuarat PKR"

Catat Ulasan

Loading...