Loading...

Tidak Boleh Guna 'Gelaran' Selagi Tiada Istiadat SUK Pahang

Loading...
Tidak Boleh Guna 'Gelaran' Selagi Tiada Istiadat SUK Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tidak Boleh Guna 'Gelaran' Selagi Tiada Istiadat SUK Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak Boleh Guna 'Gelaran' Selagi Tiada Istiadat SUK Pahang
link : Tidak Boleh Guna 'Gelaran' Selagi Tiada Istiadat SUK Pahang

Baca juga


Tidak Boleh Guna 'Gelaran' Selagi Tiada Istiadat SUK Pahang


KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Karim Ibrahim tidak seharusnya menggunakan gelaran ‘Datuk’ selagi tidak menghadiri istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu.

Perkara berkenaan dijelaskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak yang mengesahkan Karim pernah ditawarkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

“Penama ditawarkan DIMP pada 26 Julai 2011 namun setakat ini masih belum dikalungkan (pada istiadat pengurniaan). Oleh itu, penama tidak boleh menggunakan gelaran sehingga dikalungkan,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Sallehuddin berkata demikian semasa diminta mengesahkan laporan polis yang dibuat seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun di Balai Polis Travers di sini pada 4 Julai lepas, mendakwa gelaran ‘Datuk’ yang digunakan Karim tidak sah.

Laporan itu memohon tindakan tegas diambil ke atas Karim yang dikatakan mengguna gelaran itu sama ada secara lisan atau bertulis di merata tempat termasuk kepada pihak media.

Karim tewas dalam pemilihan jawatan Presiden KOM pada 30 Jun lepas, namun masih lagi menjadi Presiden Persatuan Olahraga Perak.

Sementara itu, Karim ketika dihubungi Bernama, berkata beliau tidak mengetahui mengenai laporan polis itu, tetapi menegaskan sedar terdapat pihak yang menggunakan isu berkenaan untuk mencemarkan namanya sejak kempen pemilihan KOM lagi.

“Ia tidak palsu. Saya dapat gelaran Datuk, Saya sepatutnya pergi dan terima darjah itu tetapi tidak pergi mengambilnya. Saya tidak mengetahui ada klausa yang menyebut saya tidak boleh menggunakannya, jika pihak Istana kata tidak boleh gunakannya, saya tidak akan guna,” katanya.

Sebagai rekod, Karim gagal mempertahankan jawatan presiden KOM yang dipegang selama dua penggal sejak 2014, selepas tewas kepada timbalannya, Datuk S.M. Muthu dengan perbezaan tiga undi (18-21) pada mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-16 KOM. #sumber


Demikianlah Artikel Tidak Boleh Guna 'Gelaran' Selagi Tiada Istiadat SUK Pahang

Sekianlah artikel Tidak Boleh Guna 'Gelaran' Selagi Tiada Istiadat SUK Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tidak Boleh Guna 'Gelaran' Selagi Tiada Istiadat SUK Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/tidak-boleh-guna-gelaran-selagi-tiada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tidak Boleh Guna 'Gelaran' Selagi Tiada Istiadat SUK Pahang"

Catat Ulasan

Loading...