Loading...

Tun Mahathir: Jangan Biarkan Negara Di Jajah Buat Kali Kedua

Loading...
Tun Mahathir: Jangan Biarkan Negara Di Jajah Buat Kali Kedua - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Mahathir: Jangan Biarkan Negara Di Jajah Buat Kali Kedua, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Mahathir: Jangan Biarkan Negara Di Jajah Buat Kali Kedua
link : Tun Mahathir: Jangan Biarkan Negara Di Jajah Buat Kali Kedua

Baca juga


Tun Mahathir: Jangan Biarkan Negara Di Jajah Buat Kali Kedua


MELAKA - Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan golongan muda agar tidak terlalu selesa dengan kemudahan hari ini sehingga membiarkan negara dijajah untuk kali kedua menerusi penjajahan minda dan ekonomi.

Menurut Perdana Menteri, persepsi 'mudah selesa' itu perlu dihentikan bagi mengelakkan golongan itu lupa tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh generasi terdahulu untuk membawa negara ke tahap hari ini.  

"Kita bimbang sebahagian daripada mereka menjadi generasi yang lupa kepada perjalanan dan perjuangan bangsa, kerana bagi mereka keadaan selesa ini adalah biasa dan masalah negara bukanlah tanggungjawab mereka.

"Persepsi seperti inilah yang boleh meruntuhkan negara maka semangat patriotisme dan jati diri perlu dipupuk dalam diri generasi muda kerana keperibadian mereka mencerminkan keperibadian negara pada masa kini dan akan datang," katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan Banda Hilir di sini malam ini. 

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 itu bertemakan 'Sayangi Malaysiaku: Malaysiaku Bersih' memilih Melaka berikutan Banda Hilir pernah menjadi lokasi pengisytiharan kemerdekaan negara pada 20 Februari 1956.


Turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kebangsaan 2019, Gobind Singh Deo dan Ketua Menteri, Adly Zahari. 

Perdana Menteri sebelum itu pada sesi Townhall Semarak Merdeka di hadapan 1,600 peserta memberitahu, ekonomi negara kini masih dikuasai oleh penjajah dan generasi muda dilihat lebih mengutamakan pendapat dan nilai-nilai hidup dari Barat. 

Kata beliau, rakyat terutamanya golongan muda seharusnya berbangga dengan cara dan nilai hidup sendiri tanpa perlu terperangkap dengan gaya serta pendapat masyarakat Barat. 

"Kini ekonomi dan nilai kehidupan kita dikuasai oleh Barat. Kita mestilah bebas dan tidak terlalu mengikut pendapat serta nilai hidup mereka yang tidak sopan.

"Sebagai contoh adalah gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang tidak sesuai dengan masyarakat kita kerana kita masih menghormati institusi keluarga, perkahwinan dan sebagainya," katanya. 

Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, rakyat perlu mengekalkan keharmonian dan kemakmuran dengan menolak fahaman sempit segelintir suara-suara sumbang yang mahu menggugat ketenteraman antaranya melibatkan isu-isu perkauman.

"Seiring dengan negara mencapai kematangan, saya yakin rakyat Malaysia sekarang bertambah matang menilai dan membuat pendirian apabila berhadapan dengan ancaman yang mahu memecah-belahkan perpaduan kita.  #sumber


Demikianlah Artikel Tun Mahathir: Jangan Biarkan Negara Di Jajah Buat Kali Kedua

Sekianlah artikel Tun Mahathir: Jangan Biarkan Negara Di Jajah Buat Kali Kedua kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir: Jangan Biarkan Negara Di Jajah Buat Kali Kedua dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/08/tun-mahathir-jangan-biarkan-negara-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tun Mahathir: Jangan Biarkan Negara Di Jajah Buat Kali Kedua"

Catat Ulasan

Loading...