Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Yusuf Shaari berkata, kejadian itu disedari adik mangsa berusia lapan tahun kira-kira pukul 6.30 petang yang kemudian memaklumkan kepada ibunya berusia 50 tahun.
"Ibu mangsa yang berada di ruang tamu rumah terus masuk ke dalam bilik dan mendapati mangsa telah terbaring di atas tilam.
"Tali yang menjerut leher kanak-kanak lelaki itu telah dipotong abangnya yang berusia 14 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kata beliau, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Daerah Kulim yang tiba di rumah tersebut tidak lama kemudian.
Menurut Mohd. Yusuf, leher mangsa terjerut tali kasut pada besi katil tingkat atas.
"Menurut ibunya, mangsa merupakan seorang yang aktif dan ceria selain dikatakan lebih manja berbanding sebelum ini," jelasnya.
Tambahnya, tiada sebarang unsur jenayah dikesan pada badan mangsa dan lokasi kejadian.
"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat," katanya.
Jelasnya lagi, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. #sumber