Loading...
Judul : Mayat Suspek Cuba Pecah Rumah Di Temui Dalam Longkang
link : Mayat Suspek Cuba Pecah Rumah Di Temui Dalam Longkang
Mayat Suspek Cuba Pecah Rumah Di Temui Dalam Longkang
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mayat itu ditemui orang awam sekitar 11.10 malam, dalam keadaan hanya berseluar jeans biru dan berkasut.
Beliau berkata seorang wanita mendakwa mayat itu ialah bekas suaminya yang berusia 47 tahun dan beralamat di Jalan Gambang di sini berdasarkan tanda pada lengan kanan si mati.
"Pemeriksaan awal pada tubuh tidak menemui sebarang tanda kecederaan atau pergelutan, namun keterangan tuan rumah mendakwa terdapat kejadian cuba memecah masuk sebuah rumah di taman perumahan itu pada Jumaat lepas.
"Kita tidak menolak kemungkinan si mati terlibat dan cuba menyembunyikan diri di dalam longkang sebelum mayatnya ditemui," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohamad Noor berkata mayat itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. #sumber
Demikianlah Artikel Mayat Suspek Cuba Pecah Rumah Di Temui Dalam Longkang
Sekianlah artikel Mayat Suspek Cuba Pecah Rumah Di Temui Dalam Longkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mayat Suspek Cuba Pecah Rumah Di Temui Dalam Longkang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/10/mayat-suspek-cuba-pecah-rumah-di-temui.html

0 Response to "Mayat Suspek Cuba Pecah Rumah Di Temui Dalam Longkang"
Catat Ulasan