Loading...

Graduan Kejuruteraan Di Gesa Sertai Tentera Untuk Gaji Tinggi

Loading...
Graduan Kejuruteraan Di Gesa Sertai Tentera Untuk Gaji Tinggi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Graduan Kejuruteraan Di Gesa Sertai Tentera Untuk Gaji Tinggi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Graduan Kejuruteraan Di Gesa Sertai Tentera Untuk Gaji Tinggi
link : Graduan Kejuruteraan Di Gesa Sertai Tentera Untuk Gaji Tinggi

Baca juga


Graduan Kejuruteraan Di Gesa Sertai Tentera Untuk Gaji Tinggi


KUANTAN - Graduan Diploma Kejuruteraan terutama yang pernah menyertai pasukan Askar Wataniah, digesa mempertimbang kerjaya dalam bidang ketenteraan secara sepenuh masa untuk memperoleh gaji yang baik.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Dr Mohammad Naim Yaakub berkata mereka juga digalakkan untuk menyertai tentera kerana telah dilatih menerusi kokurikulum pasukan sukarelawan berkenaan.

"Tawaran gaji pokok yang diberikan ialah RM2,060 iaitu satu tangga gaji yang cukup tinggi berbanding rata-rata lulusan diploma yang memperoleh RM1,500 hingga RM1,700 sebulan bagi semua sektor yang diceburi.

"Malah, saya juga maklum anggota yang memiliki diploma kejuruteraan yang bertugas dalam bidang kritikal dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dibayar lebih tinggi iaitu RM2,340 sebulan," katanya dalam ucapan perasmian Malaysia Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) ke-14, di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Mohamad Noor Shahudin.

Yang turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Memerintah Rejimen ke-12 Askar Melayu Diraja Leftenan Kolonel Mohamad Rizal Saad dan Pengarah POLISAS Dr Abd Latif Ahmad.

Perkhemahan tahunan pasukan Askar Wataniah politeknik seluruh Malaysia itu berlangsung mulai hari ini sehingga 24 Nov dengan disertai seramai 857 peserta dan membabitkan latihan pelbagai kemahiran termasuk menembak, kawad, jalan laju dan pentadbiran.

Beliau berkata tangga gaji yang ditawarkan bagi graduan bidang kejuruteraan itu mampu meningkatkan motivasi mereka sekali gus membuktikan kerjaya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan masa depan.

Mohammad Naim turut berkata secara keseluruhannya, pembabitan pelajar politeknik dalam pasukan Askar Wataniah telah berjaya membentuk jati diri, disiplin dan keterampilan mereka yang mana ramai antara mereka telah memasuki perkhidmatan unit beruniform seperti ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). #sumber



Demikianlah Artikel Graduan Kejuruteraan Di Gesa Sertai Tentera Untuk Gaji Tinggi

Sekianlah artikel Graduan Kejuruteraan Di Gesa Sertai Tentera Untuk Gaji Tinggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Graduan Kejuruteraan Di Gesa Sertai Tentera Untuk Gaji Tinggi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/11/graduan-kejuruteraan-di-gesa-sertai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Graduan Kejuruteraan Di Gesa Sertai Tentera Untuk Gaji Tinggi"

Catat Ulasan

Loading...