Loading...

Polis: Suri Rumah Rugi RM7,500 Terpedaya Beli Syiling Lama !

Loading...
Polis: Suri Rumah Rugi RM7,500 Terpedaya Beli Syiling Lama ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis: Suri Rumah Rugi RM7,500 Terpedaya Beli Syiling Lama !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis: Suri Rumah Rugi RM7,500 Terpedaya Beli Syiling Lama !
link : Polis: Suri Rumah Rugi RM7,500 Terpedaya Beli Syiling Lama !

Baca juga


Polis: Suri Rumah Rugi RM7,500 Terpedaya Beli Syiling Lama !


KUANTAN - Seorang suri rumah mendakwa kerugian RM7,500 selepas terpedaya dengan tawaran membeli syiling lama oleh individu tidak dikenali, bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof (foto) berkata mangsa yang berusia 36 tahun itu mendakwa menerima pesanan WhatsApp pada 25 Okt lalu daripada lelaki dikenali sebagai Mr Kaypaul mendakwa mencari syiling lama.

“Mangsa tertarik dengan tawaran harga tinggi menyebabkan dia bersetuju menjual wang lama miliknya pada harga RM5,000 dengan persetujuan bayaran diselesaikan pada hari yang sama.

“Pada 1.26 tengah hari, suspek memaklumkan wang sudah dipindahkan ke akaun mangsa namun mangsa perlu membuat beberapa bayaran sebelum boleh mengeluarkan wang itu kerana melibatkan transaksi luar negara,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa yang mempercayai dakwaan itu telah memasukkan wang ke dalam empat akaun diberikan suspek sebanyak 20 kali secara beransur-ansur sehingga semalam, yang akhirnya berjumlah RM7,500.

Mangsa bagaimanapun, berasa curiga kerana bayaran yang dijanjikan tidak pernah diterima menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh dekat sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada kes berasingan, impian seorang tukang kebun membesarkan perniagaan menjual perkakas pertanian miliknya tidak kesampaian selepas ditipu oleh syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud dalam talian, sehingga kerugian RM20,200.

Mohd Wazir berkata mangsa, 25, yang berasal dari Cameron Highlands dekat sini, mendakwa membaca iklan syarikat itu sekitar Oktober lepas, dan berurusan dengan suspek dikenali sebagai Kent bagi mendapatkan pinjaman sebanyak RM30,000.

“Suspek memberitahu permohonan itu diluluskan serta-merta dengan bayaran balik sebanyak RM780 selama empat tahun, namun mangsa perlu menjelaskan bayaran pentadbiran dan yuran guaman sebelum memperoleh wang pinjaman.

“Mangsa mendakwa hanya menyedari ditipu selepas mengira wang yang telah dibayar semakin hampir dengan jumlah pinjaman menyebabkan dia membuat laporan polis,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Polis: Suri Rumah Rugi RM7,500 Terpedaya Beli Syiling Lama !

Sekianlah artikel Polis: Suri Rumah Rugi RM7,500 Terpedaya Beli Syiling Lama ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis: Suri Rumah Rugi RM7,500 Terpedaya Beli Syiling Lama ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/11/polis-suri-rumah-rugi-rm7500-terpedaya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis: Suri Rumah Rugi RM7,500 Terpedaya Beli Syiling Lama !"

Catat Ulasan

Loading...