Loading...
Judul : Tanah Runtuh Di Laluan Genting-Amber Court Petang Tadi !
link : Tanah Runtuh Di Laluan Genting-Amber Court Petang Tadi !
Tanah Runtuh Di Laluan Genting-Amber Court Petang Tadi !
KUANTAN - Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Genting-Amber Court di Genting Highlands dekat sini, kira-kira 5.40 petang tadi, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad.
Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini tiada kemalangan atau kematian dilaporkan dalam kejadian yang berlaku berhampiran dengan ruang pameran sebuah syarikat hartanah di situ.
“Tanah runtuh itu telah menyebabkan laluan ke sebuah apartmen di situ secara keseluruhannya ditutupi tanah dan buat masa ini, kerja pembersihan sedang dilakukan.
“Bagaimanapun, laluan yang terlibat bukan laluan utama ke pusat pelancongan tanah tinggi itu, sebaliknya jalan untuk ke kawasan lain di Genting Highlands,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Nor Hisham berkata selain pihak bomba, operasi pembersihan juga dibantu kontraktor yang melakukan kerja pembinaan di tanah tinggi tersebut. #sumber
Demikianlah Artikel Tanah Runtuh Di Laluan Genting-Amber Court Petang Tadi !
Sekianlah artikel Tanah Runtuh Di Laluan Genting-Amber Court Petang Tadi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tanah Runtuh Di Laluan Genting-Amber Court Petang Tadi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/11/tanah-runtuh-di-laluan-genting-amber.html
0 Response to "Tanah Runtuh Di Laluan Genting-Amber Court Petang Tadi !"
Catat Ulasan