Loading...

Faiz: Cameron Highlands: Henti Teroka Tanah Secara Rakus !

Loading...
Faiz: Cameron Highlands: Henti Teroka Tanah Secara Rakus ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Faiz: Cameron Highlands: Henti Teroka Tanah Secara Rakus !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Faiz: Cameron Highlands: Henti Teroka Tanah Secara Rakus !
link : Faiz: Cameron Highlands: Henti Teroka Tanah Secara Rakus !

Baca juga


Faiz: Cameron Highlands: Henti Teroka Tanah Secara Rakus !


KUANTAN - Kerajaan Pahang diingatkan supaya tidak membiarkan tanah di Cameron Highlands diteroka secara rakus oleh pihak berkepentingan yang kononnya berorientasikan pembangunan ekonomi.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim berkata, ini bagi memastikan tanah tinggi Cameron Highlands dapat dikekalkan kelestarian tanpa sebarang penerokaan tanah secara haram di daerah itu.

"Kita mahu kerajaan Pahang bertegas dalam isu ini dan jangan biarkan tanah-tanah tanah di Cameron Highlands diambil (diterokai) secara rakus dengan cara mudah.

"Bila tidak bertegas, wujud pihak-pihak yang mempunyai kepentingan mereka mengambil kesempatan dan kononnya mahu memajukan pembangunan ekonomi," katanya ketika dihubungi .

Kelmarin, seramai 12 pemimpin termasuk pegawai khas Menteri Besar Pahang, Arumugam AV Pillai meletak jawatan serta- merta ekoran kecewa dengan tindakan kerajaan Pahang yang didakwa tidak mempedulikan nasib 60 pekebun kecil dalam kalangan masyarakat India di Cameron Highlands.

Mereka mendakwa kerajaan Pahang enggan membela nasib golongan ini selepas mengarahkan kira-kira 60 pekebun kecil supaya mengosongkan kawasan tanah haram di Kuala Terla, Cameron Highlands.

Tindakan mengusir pekebun-pekebun mengundang kebimbangan apatah lagi tidak ada sebarang tanah alternatif diberikan kepada mereka ini walaupun mereka sudah berada di kawasan itu sejak tiga atau empat generasi.

Muhammad Faiz berkata, tindakan kerajaan Pahang meminta tanah itu dikosongkan adalah langkah tepat dalam usaha membanteras peneroka tanah secara haram di negeri ini.

Justeru, pihaknya berdiri teguh di belakang kepimpinan kerajaan Pahang yang ditadbir Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bertindak tegas dalam isu ini.

"Penerangan BN Parlimen Indera Mahkota menyokong penuh ketegasan dan tindakan dalam menangani senario yang berlaku di kawasan peranginan tanah tinggi Cameron Highlands di akhir-akhir ini.

"Dengan menggunakan 'rule of law' yang diguna pakai oleh kepimpinan dalam negeri ia mampu menyelesaikan masalah ini," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Faiz: Cameron Highlands: Henti Teroka Tanah Secara Rakus !

Sekianlah artikel Faiz: Cameron Highlands: Henti Teroka Tanah Secara Rakus ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Faiz: Cameron Highlands: Henti Teroka Tanah Secara Rakus ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/12/faiz-cameron-highlands-henti-teroka.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Faiz: Cameron Highlands: Henti Teroka Tanah Secara Rakus !"

Catat Ulasan

Loading...