Loading...

Kes Rafizi: Haniff Khatri, Tommy Thomas Perlu Beri Penjelasan

Loading...
Kes Rafizi: Haniff Khatri, Tommy Thomas Perlu Beri Penjelasan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Rafizi: Haniff Khatri, Tommy Thomas Perlu Beri Penjelasan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Rafizi: Haniff Khatri, Tommy Thomas Perlu Beri Penjelasan
link : Kes Rafizi: Haniff Khatri, Tommy Thomas Perlu Beri Penjelasan

Baca juga


Kes Rafizi: Haniff Khatri, Tommy Thomas Perlu Beri Penjelasan


SHAH ALAM - Peguam Negara, Tommy Thomas tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawainya yang telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Peguam terkemuka, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, kenyataan itu tidak wajar sebelum siasatan terperinci dilakukan berhubung bagaimana rayuan itu difailkan terlebih dahulu.

“Kenyataan awam ini memberi persepsi salah kepada masyarakat seolah-olah pegawai di Jabatan Peguam Negara dengan sengaja melakukan sabotaj terhadap keputusan Tommy.

“Sedangkan pada hakikatnya kenyataan gopoh dan emosi seperti yang dibuat Tommy itu dengan sendirinya boleh ditafsirkan sebagai percubaan seorang ketua untuk mensabotaj agensinya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Thommy juga perlu memberi penjelasan munasabah apabila mengaitkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun dalam kes berkenaan.

“Tommy tanpa sebab telah mengheret nama baik seorang pegawai awam dalam pertelingkahan isu rayuan kes Rafizi yang tiada kaitan langsung dengan SPR.

“Sebagai Peguam Negara, Tommy adalah pegawai utama yang wajib menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang (Rule of Law) dengan tidak mencemarkan nama baik dan tugasan betul mana-mana institusi awam lain seperti SPR, mahupun penjawat awam seperti Azhar.

“Justeru beliau perlu memberi penjelasan munasabah berhubung perkara ini,” katanya.

Hari ini, Azhar menegaskan bahawa beliau tidak pernah berbincang dengan Tommy berhubung isu rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Katanya, SPR hanya berbincang dengan Peguam Negara berhubung kes Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mana SPR merupakan pihak yang terlibat dan mempunyai kepentingan langsung dalam kes itu.

Terdahulu, media melaporkan, Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap pembebasan Rafizi daripada tuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).

Memetik laporan Free Malaysia Today, peguam Rafizi, Nik Zarith Nik Moustpha berkata, rayuan tersebut dimaklumkan kepada pasukan pembelaan melalui emel daripada pendaftar Mahkamah Rayuan dan menetapkan 9 Mac sebagai tarikh sebutan rayuan.

Sebelum ini, pada 15 November lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Rafizi terhadap hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes mengikut Bafia selepas didapati bersalah mendedahkan empat akaun bank berkaitan NFC dan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. #sumber


Demikianlah Artikel Kes Rafizi: Haniff Khatri, Tommy Thomas Perlu Beri Penjelasan

Sekianlah artikel Kes Rafizi: Haniff Khatri, Tommy Thomas Perlu Beri Penjelasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Rafizi: Haniff Khatri, Tommy Thomas Perlu Beri Penjelasan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/12/kes-rafizi-haniff-khatri-tommy-thomas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kes Rafizi: Haniff Khatri, Tommy Thomas Perlu Beri Penjelasan"

Catat Ulasan

Loading...