Loading...

MPMMK Minta Kerajaan Segera Kuatkuasa Undang-Undang Sita Harta Bekas Suami Yang Culas Membayar Nafkah !

Loading...
MPMMK Minta Kerajaan Segera Kuatkuasa Undang-Undang Sita Harta Bekas Suami Yang Culas Membayar Nafkah ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MPMMK Minta Kerajaan Segera Kuatkuasa Undang-Undang Sita Harta Bekas Suami Yang Culas Membayar Nafkah !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MPMMK Minta Kerajaan Segera Kuatkuasa Undang-Undang Sita Harta Bekas Suami Yang Culas Membayar Nafkah !
link : MPMMK Minta Kerajaan Segera Kuatkuasa Undang-Undang Sita Harta Bekas Suami Yang Culas Membayar Nafkah !

Baca juga


MPMMK Minta Kerajaan Segera Kuatkuasa Undang-Undang Sita Harta Bekas Suami Yang Culas Membayar Nafkah !


KUALA LUMPUR - Majlis Pemikir Muda Melayu Kebangsaan (MPMMK) meminta kepada kerajaan supaya segera mewujudkan undang-undang baharu bagi mengambil tindakan tegas kepada bekas suami yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri.

Presiden MPMMK, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, langkah itu perlu kerana Islam memberi pembelaan kepada wanita dengan menggariskan hak-hak tertentu yang boleh dituntut oleh wanita selepas perceraian.

"Oleh sebab itu, golongan wanita perlu tahu hak-hak mereka yang telah termaktub di dalam undang-undang keluarga Islam terutamanya selepas berlakunya perceraian.

"Ketika ini, begitu ramai golongan wanita di negara ini teraniaya disebabkan tindakan bekas suami yang sengaja tidak membayar nafkah, apa yang menyedihkan perbuatan itu turut memberi kesan kepada anak-anak yang menjadi mangsa penceraian ibu bapa mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah akan diwujudkan yang mana mempunyai kuasa menyita harta lelaki yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri.

Mujahid berkata, kuasa undang-undang yang diperuntukkan kepada mahkamah khas syariah itu adalah antara perkara terkandung dalam Kertas Kabinet yang dijadual dibentangkan kepada jemaah menteri bulan depan.

Kata Mujahid lagi, Kertas Kabinet itu kini di peringkat akhir penilaian termasuk mendapatkan input dan pandangan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Kewangan.

Mengulas lanjut, Syed Mohammad Faiz berkata, MPMMK berharap penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah itu segera dilaksanakan demi memberikan keadilan kepada golongan wanita teraniaya di negara ini.

"Walaupun bekas isteri mungkin dalam kalangan orang senang ataupun sudah bekerja, namun hak tetap hak dan tidak boleh dinafikan.

"Tiada alasan untuk bekas suami tidak membayar nafkah kecualilah jika bekas suami itu sakit kronik, lumpuh ataupun hilang upaya kekal. Bagi mereka yang degil, tindakan seperti menyita harta boleh dilakukan bagi memberikan pengajaran kepada mereka," katanya.

Jelasnya, ramai bekas suami yang tidak menghiraukan hukum akhirat apabila sengaja tidak membayar nafkah kepada bekas isteri, jadi mereka perlu diajar dengan hukum agama menerusi pelaksanaan undang-undang baharu.

"Ini perlu dilakukan bagi menjamin kebahagiaan hidup mereka pada masa akan datang," katanya. #PDO


Demikianlah Artikel MPMMK Minta Kerajaan Segera Kuatkuasa Undang-Undang Sita Harta Bekas Suami Yang Culas Membayar Nafkah !

Sekianlah artikel MPMMK Minta Kerajaan Segera Kuatkuasa Undang-Undang Sita Harta Bekas Suami Yang Culas Membayar Nafkah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MPMMK Minta Kerajaan Segera Kuatkuasa Undang-Undang Sita Harta Bekas Suami Yang Culas Membayar Nafkah ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/12/mpmmk-minta-kerajaan-segera-kuatkuasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MPMMK Minta Kerajaan Segera Kuatkuasa Undang-Undang Sita Harta Bekas Suami Yang Culas Membayar Nafkah !"

Catat Ulasan

Loading...