Loading...

Penganalisis: Kemelut Berakhir Jika Anwar Dan Azmin Beralah

Loading...
Penganalisis: Kemelut Berakhir Jika Anwar Dan Azmin Beralah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penganalisis: Kemelut Berakhir Jika Anwar Dan Azmin Beralah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penganalisis: Kemelut Berakhir Jika Anwar Dan Azmin Beralah
link : Penganalisis: Kemelut Berakhir Jika Anwar Dan Azmin Beralah

Baca juga


Penganalisis: Kemelut Berakhir Jika Anwar Dan Azmin Beralah


KUALA LUMPUR: Kemelut antara pemimpin nombor satu dan dua dalam PKR akan dapat ditangani jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sama-sama beralah, ujar Penganalisis Politik, Prof Dr Hamidin Abdul Hamid.

Katanya, ketika ini tidak nampak tanda-tanda krisis berkenaan akan reda.

"Persoalannya bagaimana PKR gagal sebagai sebuah parti yang mempunyai disiplin organisasi yang jelas. Saya tidak lihat buat ketika ini akan berlaku satu penyelesaian. Namun ia bergantung kepada sejauh mana kedua-dua pemimpin mampu beralah dan memilih kepentingan parti sebagai landasan untama kerana mereka adalah parti tunjang dalam parti pemerintah," katanya pada Ahad.

Jelasnya lagi, ia penting kerana rakyat serta anggota komponen dalam Pakatan Harapan (PH) sedang melihat persengketaan berkenaan.

"Segala apa yang berlaku dalam PKR bukan sahaja diperhatikan rakyat Malaysia, tetapi yang lebih penting lagi yang diperhatikan dalam komponen-komponen PH, akan mengganggu kelicinan PH sebagai sebuah kerajaan," tambah beliau lagi. 

Pertemuan kem Azmin di Hotel Renaissance pada Ahad juga menambahkan lagi ketegangan antara kedua-dua kem. 

"Kalau lihat kepada pertemuan di Renaissance dan hari ini adalah kegagalan kepada PKR untuk bergerak sebagai sebuah institusi yang baru sahaja melaksanakan kongresnya dan berlaku pula cabaran-cabaran daripada dalam.

"Ini juga menunjukkan apa yang berlaku antara Azmin dan Anwar sehari sebelum kongres itu tidak memberi sebarang makna dan tidak meredakan konflik yang berlaku antara dua pemimpin ini," ujarnya.

Pada Ahad, Azmin tidak kelihatan pada hari terakhir Kongres Nasional parti di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC).

Sebaliknya, beliau dan kemnya mengadakan Majlis Makan Malam Apresiasi Perwakilan Kongres Keadilan 2019 dan taklimat Wawasan Kemakmuran Bersama di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. #sumber


Demikianlah Artikel Penganalisis: Kemelut Berakhir Jika Anwar Dan Azmin Beralah

Sekianlah artikel Penganalisis: Kemelut Berakhir Jika Anwar Dan Azmin Beralah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penganalisis: Kemelut Berakhir Jika Anwar Dan Azmin Beralah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/12/penganalisis-kemelut-berakhir-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penganalisis: Kemelut Berakhir Jika Anwar Dan Azmin Beralah"

Catat Ulasan

Loading...