Loading...

SPR: Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Tetap Di Teruskan !

Loading...
SPR: Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Tetap Di Teruskan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR: Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Tetap Di Teruskan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR: Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Tetap Di Teruskan !
link : SPR: Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Tetap Di Teruskan !

Baca juga


SPR: Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Tetap Di Teruskan !


PUTRAJAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Sabah akan diteruskan meskipun ada ura-ura bekas penyandangnya, Datuk Seri Anifah Aman memfailkan semakan kehakiman berhubung keputusan mahkamah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, ini kerana pihaknya masih belum menerima apa-apa perintah pergantungan prosedur daripada mana-mana pihak.

"Setakat ini, tiada perintah pergantungan, jadi PRK Parlimen Kimanis diteruskan," katanya.

Menurutnya, sesuatu keputusan yang diputuskan oleh mahkamah adalah sah dan perlu dilaksanakan.

"Mengikut perlembagaan, kita ada 60 hari dari tarikh 10 Disember untuk mengisi kekosongan itu.

"Kita perlu adakan pilihan raya dalam tempoh yang akan berakhir 7 Februari," katanya kepada pemberita selepas sidang media PRK Kimanis di sini hari ini.

Terdahulu, SPR mengumumkan tarikh mengundi bagi PRK Kimanis ditetapkan pada 18 Januari 2020.

Pada 9 Disember lalu, Peguam Anifah, Tengku Ahmad Fuad dilapor berkata, anak guamnya dijangka akan memfailkan semakan terhadap keputusan mahkamah yang memutuskan kemenangannya di Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak sah.

PRK Kimanis diadakan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lalu yang mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya menolak kemenangan Anifah sebagai tidak sah dan terbatal.

Pada 16 Ogos lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya menolak kemenangan Anifah selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya sekali gus membenarkan petisyen pilihan raya dikemukakan calon Parti Warisan, Datuk Karim Bujang.

Pada PRU lalu, Anifah memperoleh 11,942 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang Karim yang mendapat 11,786 undi manakala calon Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Jaafar Ismail memperoleh 1,300 undi. #sumber



Demikianlah Artikel SPR: Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Tetap Di Teruskan !

Sekianlah artikel SPR: Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Tetap Di Teruskan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR: Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Tetap Di Teruskan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/12/spr-pilihan-raya-kecil-parlimen-kimanis.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SPR: Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Tetap Di Teruskan !"

Catat Ulasan

Loading...