Loading...

Hadi Saran Undi Tak Percaya PM, Bukan Desak Letak Jawatan

Loading...
Hadi Saran Undi Tak Percaya PM, Bukan Desak Letak Jawatan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi Saran Undi Tak Percaya PM, Bukan Desak Letak Jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi Saran Undi Tak Percaya PM, Bukan Desak Letak Jawatan
link : Hadi Saran Undi Tak Percaya PM, Bukan Desak Letak Jawatan

Baca juga


Hadi Saran Undi Tak Percaya PM, Bukan Desak Letak Jawatan


KUALA TERENGGANU - Pas mencadangkan agar undi tidak percaya dilakukan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya masih ada desakan daripada pihak-pihak tertentu supaya beliau meletakkan jawatan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya diberi pilihan, undi tidak percaya adalah lebih baik berbanding desakan agar Dr Mahathir mengundur diri kerana ia lebih demokratik.

Bagaimanapun, beliau mengulangi pendiriannya untuk tetap menyokong kepimpinan Dr Mahathir, seterusnya memimpin sehingga habis penggal.

"Demokrasi ini macam-macam, antaranya Perdana Menteri meletakkan jawatan dan digantikan orang lain, yang keduanya membuat undi tidak percaya di Parlimen. Pihak yang nak sangat (tukar Perdana Menteri), buat undi tidak percayalah. Itu yang paling cepat.

"Bagi saya, baik pilih undi tidak percaya, tidak menyusahkan rakyat sangat. Tukar ini susah, berlawan rakyat dengan polis (kesan desakan), tak pasal-pasal rakyat berlawan dengan polis.

"Tapi sekiranya berlaku undi tidak percaya, kita masih lagi akan mempertahankan Dr Mahathir. Melihat suasana sekarang, kita masih perlukan beliau," katanya di sini hari ini.

Turut hadir, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus akan ada satu perhimpunan pada pertengahan bulan ini bagi mendesak Dr Mahathir meletak jawatan.

Sebelum itu, Abdul Hadi menyertai Diskusi Tokoh Bicara 'Demi Perpaduan' sempena Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia yang diadakan di Stadium Negeri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak berkenaan perlu sedar bahawa Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana Dr Mahathir.

"Sebelum ini mereka tonjolkan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi tidak berjaya tetapi apabila mereka tonjolkan Dr Mahathir, PH dapat mengambil alih kerajaan.

"Moral demokrasi itu salah (tukar orang lain). Walaupun kita tidak bersetuju dengan kerajaan, pilihan raya sudah berlaku.

"Tapi kita ada proses demokrasi iaitu undi tidak percaya. Itu lebih mudah," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Hadi Saran Undi Tak Percaya PM, Bukan Desak Letak Jawatan

Sekianlah artikel Hadi Saran Undi Tak Percaya PM, Bukan Desak Letak Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadi Saran Undi Tak Percaya PM, Bukan Desak Letak Jawatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/02/hadi-saran-undi-tak-percaya-pm-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hadi Saran Undi Tak Percaya PM, Bukan Desak Letak Jawatan"

Catat Ulasan

Loading...