Loading...

Imigresen Buat Laporan Polis Halang Tugas Di Batu Caves !

Loading...
Imigresen Buat Laporan Polis Halang Tugas Di Batu Caves ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Imigresen Buat Laporan Polis Halang Tugas Di Batu Caves !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Imigresen Buat Laporan Polis Halang Tugas Di Batu Caves !
link : Imigresen Buat Laporan Polis Halang Tugas Di Batu Caves !

Baca juga


Imigresen Buat Laporan Polis Halang Tugas Di Batu Caves !


KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen akan membuat laporan polis berhubung anggota penguat kuasa Imigresen Selangor dipercayai dihalau daripada melakukan tugas operasi di kawasan peniaga haram di Batu Caves, di sini, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata pihaknya memandang serius tindakan provokasi itu dan menganggap ia sebagai perbuatan menghalang tugas penjawat awam.

"Satu laporan polis akan dibuat oleh pejabat Imigresen Selangor...dalam perkara ini, Imigresen tidak gentar dengan sebarang tindakan provokasi oleh pihak-pihak yang melindungi pendatang tanpa izin di negara ini.

"Tindakan berundur yang diambil adalah bertujuan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe memaklumkan pihaknya telah menerima dua laporan daripada pihak Imigresen serta satu laporan daripada individu dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan petang tadi.

"Polis menerima laporan daripada Jabatan Imigresen pada 2 petang dan 2.15 petang tadi, manakala seorang individu tempatan dipercayai peniaga di perkarangan kuil di situ turut membuat laporan pada 2.30 petang bagi menafikan perbuatan menghalang penjawat awam semasa kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Keterangan kesemua pihak yang membuat laporan itu telah diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186/506 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta melakukan ugutan jenayah.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menular atau menyebarkan berita yang tidak benar demi keharmonian pelbagai kaum dan sensitiviti masyarakat sentiasa terjamin.

Semalam, tular di media sosial bahawa kira-kira 50 anggota penguat kuasa Imigresen Selangor dihalau keluar dari kawasan peniaga haram dari India dan Pakistan oleh Ahli Jawatankuasa Kuil Batu Caves.

Selain itu, mereka juga dicemuh dengan bahasa kesat. #sumber


Demikianlah Artikel Imigresen Buat Laporan Polis Halang Tugas Di Batu Caves !

Sekianlah artikel Imigresen Buat Laporan Polis Halang Tugas Di Batu Caves ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Imigresen Buat Laporan Polis Halang Tugas Di Batu Caves ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/02/imigresen-buat-laporan-polis-halang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Imigresen Buat Laporan Polis Halang Tugas Di Batu Caves !"

Catat Ulasan

Loading...