Loading...

JBPM Pahang: Stadium Darul Makmur Belum Mendapat CF

Loading...
JBPM Pahang: Stadium Darul Makmur Belum Mendapat CF - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JBPM Pahang: Stadium Darul Makmur Belum Mendapat CF, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JBPM Pahang: Stadium Darul Makmur Belum Mendapat CF
link : JBPM Pahang: Stadium Darul Makmur Belum Mendapat CF

Baca juga


JBPM Pahang: Stadium Darul Makmur Belum Mendapat CF


KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang bekerjasama dengan pengurusan Stadium Darul Makmur bagi membantu proses mendapatkan Sijil Pematuhan Kod (CCC) atau sijil layak menduduki (CF).
Timbalan Pengarah JBPM Pahang, Mohd Zahar Abdullah berkata, pihak stadium bersetuju meningkatkan sistem kebakaran selaras dengan syarat ditetapkan bomba.
“Pihak bomba membantu melalui cadangan dan khidmat nasihat dalam aspek teknikal serta keperluan untuk tindakan pihak stadium bagi memenuhi syarat mendapatkan CCC atau CF itu.
“Walaupun risiko kebakaran di stadium agak rendah jika mengambil kira struktur binaannya yang terbuka serta mempunyai banyak laluan keluar namun tahap keselamatan kebakaran perlu memenuhi aspek yang ditetapkan,” katanya kepada media selepas Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Pahang di Ibu Pejabat JBPM Pahang, Indera Mahkota di sini hari ini.
Mohd Zahar berkata, setakat ini tiada tempoh masa ditetapkan kepada pihak stadium untuk mendapatkan sijil itu atau arahan penutupan.
“Antara langkah yang diambil pihak bomba dengan menempatkan anggota di stadium itu terutama ketika berlangsung acara besar membabitkan ramai orang,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Stadium Darul Makmur yang dibina sejak tahun 1973 antara 13 daripada 21 stadium utama di seluruh negara tidak mempunyai CF.
Susulan pendedahan itu, kerajaan negeri difahamkan telah meluluskan memperuntukkan kira-kira RM100,000 kepada perbadanan pengurusan stadium untuk tujuan tersebut seperti kenyataan Exco Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Johari Hussain sebelum ini. #sumber


Demikianlah Artikel JBPM Pahang: Stadium Darul Makmur Belum Mendapat CF

Sekianlah artikel JBPM Pahang: Stadium Darul Makmur Belum Mendapat CF kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JBPM Pahang: Stadium Darul Makmur Belum Mendapat CF dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/02/jbpm-pahang-stadium-darul-makmur-belum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "JBPM Pahang: Stadium Darul Makmur Belum Mendapat CF"

Catat Ulasan

Loading...