Loading...
Judul : Peguam: Beri Pilihan Pembeli Kondo Runtuh Batal Perjanjian !
link : Peguam: Beri Pilihan Pembeli Kondo Runtuh Batal Perjanjian !
Peguam: Beri Pilihan Pembeli Kondo Runtuh Batal Perjanjian !
PETALING JAYA: Seorang peguam hartanah mencadangkan pembeli kondominium bagi projek Taman Desa di Jalan Klang Lama yang runtuh pada Jumaat lalu perlu diberikan pilihan membatal atau meneruskan perjanjian pembelian mereka.
Peguam Salkukhairi Abd Sukor berkata, perjanjian jual beli standard tidak membabitkan pembatalan automatik jika sebuah bangunan dalam pembinaan runtuh.
Bagaimanapun, jika pemaju projek Taman Desa bersetuju membenarkan pembeli untuk membuat pembatalan, kedua-dua pihak perlu menandatangani perjanjian penamatan dan penyelesaian.
“Perjanjian seperti ini akan memperincikan hak pembeli, termasuk pemulangan wang dibayar, hak mendapatkan pampasan dan sebagainya.”
Beliau menggesa kerajaan campur tangan dalam perkara itu untuk melindungi kepentingan pembeli.
“Keselamatan bangunan tidak boleh diambil ringan dan pemaju serta pihak berkuasa perlu melihatnya dengan serius,” katanya sambil menambah pembeli yang mahu meneruskan pembelian mereka perlu diberikan penjelasan terperinci bangunan itu selamat didiami pada masa depan.
Jumaat lalu, sebahagian daripada lantai kolam renang dalam pembinaan di tingkat 6 kondominum itu runtuh dan arahan berhenti kerja sudah dikeluarkan kepada kontraktor.
Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, lesen jualan pemaju bagi kondominium 37 tingkat itu digantung sehingga siasatan selesai.
Salkhukhairi yang juga timbalan presiden NGO, K-Literasi mencadangkan bank menggantung pembayaran balik pinjaman oleh pembeli kerana lesen jualan pemaju sudah digantung. #sumber
Demikianlah Artikel Peguam: Beri Pilihan Pembeli Kondo Runtuh Batal Perjanjian !
Sekianlah artikel Peguam: Beri Pilihan Pembeli Kondo Runtuh Batal Perjanjian ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peguam: Beri Pilihan Pembeli Kondo Runtuh Batal Perjanjian ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/02/peguam-beri-pilihan-pembeli-kondo.html
0 Response to "Peguam: Beri Pilihan Pembeli Kondo Runtuh Batal Perjanjian !"
Catat Ulasan