Loading...

Polis: Lelaki Tersedar Di Tipu Sindiket Selepas Rugi RM2,640 !

Loading...
Polis: Lelaki Tersedar Di Tipu Sindiket Selepas Rugi RM2,640 ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis: Lelaki Tersedar Di Tipu Sindiket Selepas Rugi RM2,640 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis: Lelaki Tersedar Di Tipu Sindiket Selepas Rugi RM2,640 !
link : Polis: Lelaki Tersedar Di Tipu Sindiket Selepas Rugi RM2,640 !

Baca juga


Polis: Lelaki Tersedar Di Tipu Sindiket Selepas Rugi RM2,640 !


KUANTAN - Seorang lelaki menyedari dirinya telah ditipu ahli sindiket pinjaman tidak wujud selepas pelbagai caj bayaran dikenakan terhadapnya bagi mendapatkan pinjaman RM50,000.
Akibat itu wang simpanan miliknya RM2,640.69 lesap selepas membuat dua transaksi bagi membayar caj yang dikenakan syarikat pinjaman tidak wujud sebelum tampil membuat laporan polis, Rabu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa menerima satu pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp daripada suspek pada minggu lalu yang menawarkan pinjaman peribadi.
"Mangsa kemudian bersetuju untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50,000 dan menyerahkan salinan kad pengenalan, salinan penyata cukai pendapatan dan salinan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan semakan kelayakan.
"Selepas tiga hari, mangsa dimaklumkan pinjaman diluluskan dan diminta untuk membuat bayaran guaman dan bayaran penilaian untuk mendapatkan wang pinjaman itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Wazir berkata, bagaimanapun pada Sabtu lalu, mangsa telah membuat pindahan wang ke dalam dua akaun berbeza berjumlah RM2,640.69.
Menurutnya, selepas itu, mangsa diminta membuat bayaran lagi sebanyak RM1,250, namun mangsa enggan.
"Mangsa merasa dirinya tertipu dan tampil membuat laporan di balai polis berdekatan," katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 402 Kanun Keseksaan kerana menipu. #sumber


Demikianlah Artikel Polis: Lelaki Tersedar Di Tipu Sindiket Selepas Rugi RM2,640 !

Sekianlah artikel Polis: Lelaki Tersedar Di Tipu Sindiket Selepas Rugi RM2,640 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis: Lelaki Tersedar Di Tipu Sindiket Selepas Rugi RM2,640 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/02/polis-lelaki-tersedar-di-tipu-sindiket.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis: Lelaki Tersedar Di Tipu Sindiket Selepas Rugi RM2,640 !"

Catat Ulasan

Loading...