Loading...

Covid-19: Dua Lagi Kematian Hari Ini, 123 Kes Positif Baharu !

Loading...
Covid-19: Dua Lagi Kematian Hari Ini, 123 Kes Positif Baharu ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: Dua Lagi Kematian Hari Ini, 123 Kes Positif Baharu !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: Dua Lagi Kematian Hari Ini, 123 Kes Positif Baharu !
link : Covid-19: Dua Lagi Kematian Hari Ini, 123 Kes Positif Baharu !

Baca juga


Covid-19: Dua Lagi Kematian Hari Ini, 123 Kes Positif Baharu !


KUALA LUMPUR -  Dua lagi kematian akibat koronavirus (Covid-19) dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia sehingga kini akibat wabak itu di Malaysia ialah 10 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian itu masing-masing melibatkan kes ke-890 iaitu doktor perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan kes ke-259 iaitu daripada kluster tabligh di Sri Petaling.
“Kes kesembilan merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara ke Turki.
“Beliau merupakan kakitangan KKM yang sebelum ini dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Kangar," katanya.
Dr Noor Hisham berkata, mangsa disahkan meninggal dunia hari ini pada jam 10.30 pagi.
Beliau berkata, kes kematian ke-10 pula melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun daripada kluster tabligh yang disahkan positif Covid-19 pada 14 Mac lepas dan diberikan bantuan alatan pernafasan setelah keadaannya semakin merosot.
“Beliau telah disahkan positif Covid-19 pada 14 Mac. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 4.05 petang, 22 Mac,” katanya.
Sementara itu beliau berkata, setakat jam 12 tengah hari ini, 123 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,306 kes.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, sebanyak 74 daripada 123 kes baharu yang dilaporkan itu adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling manakala 49 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian.
Dalam pada itu, sebanyak 25 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 139 kes.
“Sehingga kini, seramai 46 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 22 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. - Bernama


Demikianlah Artikel Covid-19: Dua Lagi Kematian Hari Ini, 123 Kes Positif Baharu !

Sekianlah artikel Covid-19: Dua Lagi Kematian Hari Ini, 123 Kes Positif Baharu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Dua Lagi Kematian Hari Ini, 123 Kes Positif Baharu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/03/covid-19-dua-lagi-kematian-hari-ini-123.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Covid-19: Dua Lagi Kematian Hari Ini, 123 Kes Positif Baharu !"

Catat Ulasan

Loading...