Loading...
Judul : Fuziah: PKR Pahang Pantau Ahli Elak 'Duri Dalam Daging' !
link : Fuziah: PKR Pahang Pantau Ahli Elak 'Duri Dalam Daging' !
Fuziah: PKR Pahang Pantau Ahli Elak 'Duri Dalam Daging' !
KUANTAN - Pengerusinya, Fuziah Salleh, berkata Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang akan terus memantau setiap pimpinan dan anggota parti agar mereka tidak menjadi duri dalam daging sekali gus merosakkan PKR dari dalam.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pimp
inan dan ahli di setiap cabang yang didapati bersekongkol dengan mana-mana parti atau kumpulan yang mengkhianati amanah rakyat.
"MPN PKR Pahang berdiri teguh dengan idealisma perjuangan parti dan setia di bawah kepemimpinan presiden, Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan daripada kerajaan baru-baru ini ekoran tindakan 11 ahli parlimen PKR yang keluar dari parti itu. Dua daripada mereka - Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin - dipecat.
Seorang daripada mereka ialah ahli parlimen Pahang, iaitu Saifuddin Abdullah, yang mewakili Indera Mahkota.
Fuziah berkata PKR Pahang juga akan terus setia dan bekerjasama dengan DAP dan Amanah bagi memastikan "kerajaan pintu belakang" yang wujud hari ini dapat di ambil alih semula oleh PH sejajar dengan mandat yang diberikan rakyat dalam PRU14 lalu. #sumber
Demikianlah Artikel Fuziah: PKR Pahang Pantau Ahli Elak 'Duri Dalam Daging' !
Sekianlah artikel Fuziah: PKR Pahang Pantau Ahli Elak 'Duri Dalam Daging' ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Fuziah: PKR Pahang Pantau Ahli Elak 'Duri Dalam Daging' ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/03/fuziah-pkr-pahang-pantau-ahli-elak-duri.html
0 Response to "Fuziah: PKR Pahang Pantau Ahli Elak 'Duri Dalam Daging' !"
Catat Ulasan