Loading...

Ketua Pengarah Kesihatan Rayu Rakyat Tidak Keluar Rumah !

Loading...
Ketua Pengarah Kesihatan Rayu Rakyat Tidak Keluar Rumah ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Pengarah Kesihatan Rayu Rakyat Tidak Keluar Rumah !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Pengarah Kesihatan Rayu Rakyat Tidak Keluar Rumah !
link : Ketua Pengarah Kesihatan Rayu Rakyat Tidak Keluar Rumah !

Baca juga


Ketua Pengarah Kesihatan Rayu Rakyat Tidak Keluar Rumah !


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan tidak keluar rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Beliau berkata, rakyat perlu membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan memainkan peranan masing-masing bagi mengelak negara terjerumus ke dalam gelombang ketiga penularan COVID-19.

"Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, sila ambil perintah kawalan pergerakan ini secara serius. Duduk di rumah dan jangan keluar.

"Kita mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19. Bantulah KKM dengan memainkan peranan anda, kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah, berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.

"Kegagalan bukan pilihan di sini. Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini, yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi, jika kita mempunyai sikap "tidak kisah," katanya menerusi status di akaun Facebook rasminya.

Hari ini, Perintah Kawalan Pergerakan dikuat kuasa sepenuhnya selepas pengumuman pelaksanaannya oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat Isnin lalu.

Perintah itu antara lain menetapkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara dengan semua rumah ibadat dan premis perniagaan ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Selain itu, perintah itu juga membabitkan penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terbabit dengan perkhidmatan penting negara.

Bagaimanapun, sikap panik berhadapan dengan situasi tidak diduga ini masih jelas dilihat pada orang ramai, yang masih belum memahami mengenai perintah berkenaan sehingga berlakunya beberapa masalah seperti pembelian panik serta kesesakan yang serius di balai polis malam tadi berikutan orang ramai mahu mendapat permit pergerakan rentas negeri terutama untuk pulang ke kampung. #sumber


Demikianlah Artikel Ketua Pengarah Kesihatan Rayu Rakyat Tidak Keluar Rumah !

Sekianlah artikel Ketua Pengarah Kesihatan Rayu Rakyat Tidak Keluar Rumah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Pengarah Kesihatan Rayu Rakyat Tidak Keluar Rumah ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/03/ketua-pengarah-kesihatan-rayu-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ketua Pengarah Kesihatan Rayu Rakyat Tidak Keluar Rumah !"

Catat Ulasan

Loading...