Loading...
Judul : Majlis Nikah Boleh Di Premis Persendirian Tak Lebih 20 Minit
link : Majlis Nikah Boleh Di Premis Persendirian Tak Lebih 20 Minit
Majlis Nikah Boleh Di Premis Persendirian Tak Lebih 20 Minit
KUANTAN - Majlis akad nikah masih boleh diadakan di premis persendirian, namun tempohnya tidak boleh melebihi 20 minit.
Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, arahan itu dikeluarkan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam sehingga 31 Mac ini.
"Tetapi majlis tersebut hanya dihadiri individu yang berkeperluan dan kehadiranya tidak melebihi 10 orang serta perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Polis Daerah iaitu permit Pengecualian Kawalan Pergerakan dan selepas memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempat) dilakukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, semua permohonan berkaitan kebenaran perkahwinan, perceraian dan rujuk hendaklah ditangguhkan sepanjang tempoh berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan.
Sebelum itu, Sallehuddin berkata, penganjuran Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam Pahang (MBKPI) juga ditangguhkan pada tarikh lain.
Beliau berharap semua pihak akur dan mematuhi arahan sepanjang tempoh berkuat kuasa perintah tersebut demi menjaga maslahah umat Islam khususnya berkaitan isu penularan koronavirus (Covid-19).
"Perintah ini berkuat kuasa serta-merta. Mana-mana penganjur yang didapati melanggar arahan pekeliling ini akan diambil tindakan oleh pihak jabatan," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Majlis Nikah Boleh Di Premis Persendirian Tak Lebih 20 Minit
Sekianlah artikel Majlis Nikah Boleh Di Premis Persendirian Tak Lebih 20 Minit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Majlis Nikah Boleh Di Premis Persendirian Tak Lebih 20 Minit dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/03/majlis-nikah-boleh-di-premis.html
0 Response to "Majlis Nikah Boleh Di Premis Persendirian Tak Lebih 20 Minit"
Catat Ulasan