Loading...

Nik Nazmi: Kenyataan Hadi Awang Tidak Bertanggungjawab !

Loading...
Nik Nazmi: Kenyataan Hadi Awang Tidak Bertanggungjawab ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nik Nazmi: Kenyataan Hadi Awang Tidak Bertanggungjawab !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nik Nazmi: Kenyataan Hadi Awang Tidak Bertanggungjawab !
link : Nik Nazmi: Kenyataan Hadi Awang Tidak Bertanggungjawab !

Baca juga


Nik Nazmi: Kenyataan Hadi Awang Tidak Bertanggungjawab !


SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab susulan kenyataan pemimpin itu yang mendakwa perbicaraan melibatkan beberapa pemimpin UMNO di mahkamah bukan perkara penting berbanding usaha menyelamatkan negara.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, skandal melibatkan pemimpin parti terbabit merupakan kes berprofil tinggi dan melibatkan kepentingan rakyat serta negara.
Beliau berpendapat kerajaan baharu perlu mengetepikan pemimpin yang didakwa di mahkamah sebagai calon jemaah menteri.
"Justeru, kerajaan Perikatan Nasional terutama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuktikan kata-kata beliau untuk membentuk barisan anggota jemaah menteri daripada kalangan individu yang bersih, berintegriti, berkaliber dan membuktikan kepada rakyat beliau mampu mengambil alih kepimpinan kerajaan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Pada sidang akhbar Ahad lalu, Abdul Hadi dilapor berkata, sesi perbicaraan melibatkan pemimpin UMNO bukan hal yang penting berbanding usaha menyelamatkan negara.
Katanya lagi, Pas menaruh harapan agar kerajaan mengutamakan agenda memulihkan ekonomi negara. #sumber


Demikianlah Artikel Nik Nazmi: Kenyataan Hadi Awang Tidak Bertanggungjawab !

Sekianlah artikel Nik Nazmi: Kenyataan Hadi Awang Tidak Bertanggungjawab ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nik Nazmi: Kenyataan Hadi Awang Tidak Bertanggungjawab ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/03/nik-nazmi-kenyataan-hadi-awang-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nik Nazmi: Kenyataan Hadi Awang Tidak Bertanggungjawab !"

Catat Ulasan

Loading...